Hanya dengan blog. - ceritaejoy

Hanya dengan blog.

4:01 PTG


Hanya dengan blog. Siapa sangka dengan berbekalkan sebuah blog, anda mampu mengembara ke seluruh dunia? Siapa juga sangka, dengan hanya sebuah blog, anda mampu menjana pendapatan ratusan, ribuan malah lebih tinggi daripada itu. Siapa sangka?

Dunia sekarang sememangnya mudah. Segalanya dihujung jari. Jadinya. tak mustahillah ramai yang Buat Duit Dengan Blog. Aku bukan cakap kosong. Banyak blog-blog besar, yang berjaya hasilkan pendapatan daripada blog. Salah satunya, blog Hasrul Hassan. Blog sifu SEO malaysia.



Itu cerita pasal Dapat Duit Dengan Blog. Yang lebih seronoknya tentang blog ini adalah, ianya boleh membawa anda merantau ke seluruh pelosok dunia. Bukankah ianya menjadi impian kepada ramai orang? Siapa sangka, hanya dengan blog. Ini bukan mimpi ya. Hanya dengan blog sahaja.

Nak harapkan duit sendiri, belum tentu. Ada duit banyak, masa takda. Ada pulak, ada duit banyak, tapi anak-anak masih kecil. Kena tunggu anak besar. Bila anak dah besar, kita pulak dah makin tua. Dah tak larat nak jalan sana sini. Pun tak boleh juga.

Tapi, ini semua rezeki Allah kan? Kalau dia nak kasi, pelbagai cara boleh dapat. Salah satunya, ha, inilah, melalui blog. Aku yakin, boleh dikatakan ramai blogger malaysia yang berimpian seperti itu, dapat duit dari blog, di bawa melancong ke sana sini. Aku juga punya impian yang sama.

Cumanya, aku sedar, untuk sampai ke tahap itu bukanlah mudah. perlu ada azam dan keinginan yang tinggi. Ala, nak buat apa pun, perlu ada 2 perkara ni, barulah ianya menjadi kenyataan dan bukannya mimpi kosong. Kan? Kalau cakap saja melambung, tapi tiada usaha, tak kemana perginya. Sekadar di bibir.

Orait. Apa perlu dibuat untuk menjadikan impian ini sebagai 1 kenyataan? Berapa lama masa yang perlu diambil? Siapa yang boleh membantu untuk menjadikan seperti yang kita inginkan? Perlu siapkan kertas kerja sebenarnya kalau betul-betul serius untuk berjaya di dalam dunia blogging ni. Jom fikir sama-sama.

You Might Also Like

4 comments

  1. mudah-mudahan ejoy dapat travel dengan blog..semoga berjaya singgah sini :)

    BalasPadam
  2. betul tuh nak capai impian bukannya mudah..keja keras tuh kena ada..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email