Google adsense dah lulus? - ceritaejoy

Google adsense dah lulus?

2:38 PTG


Buat Duit Dengan Google Adsense. Kalau ada yang mengikuti *kalau ada* pasti tahu yang aku bertungkus lumus untuk mendapatkan kelulusan google adsense. Bila bercerita mengenai hal ini, aku pasti ramai blogger malaysia mahupun dunia, ingin memiliki akaun google adsense. Ini di antara medium paling terkenal di dalam proses Buat Duit Dengan Blogspot.

Orait. Orang cakap, bila kita ada usaha untuk mencapai sesuatu perkara, ianya pasti membuahkan hasil. Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah dan ianya memerlukan usaha yang berterusan. Macam contoh durian. Nak dapatkan hasil buah yang sedap bukan sehari dua. Bertahun lamanya nak tuai. Itu pun belum tentu pokok tersebut keluarkan buah yang baik.



Berbalik kepada tajuk entry aku ni, Aku sendiri kurang pasti samada aku sudah mendapat kelulusan goggle adsense atau belum. Macam yang aku cakap di awal tadi, Buat Duit Dengan Google Adsense adalah impian ramai blogger termasuklah aku.

Orait, pagi tadi, rutin aku seperti biasa. Masuk kerja dan periksa email. Itu memang aku buat setiap pagi. Yelah, mana tahu kot-kot ada jemputan ke majlis tertentu ke, masuk tv ke, dapat tiket percutian percuma ke *hahahaha*. Tapi semua itu hilang selepas aku terima email seperti ini:




Congratulations!
Your Google AdSense application has been approved. You'll soon begin to see relevant Google ads appear on http://ceritaejoy.blogspot.my/.
Please note:
Your AdSense account only allows you to monetize the content that you create on AdSense host partner sites.
To track the performance of your new Google ads and access more AdSense features, sign in to your AdSense account.
If you later decide that you'd also like to implement AdSense on a domain that you registered yourself, we ask that you provide us with the URL where you plan to show ads. To submit this one-time review request form, follow the steps described in this help article.

Aku tak pasti samada nak melonjak gembira atau tidak. Tetapi daripada pemahaman aku, akaun goggle adsense aku sudah pun diluluskan. Adakah aku silap atau sebaliknya? Jika benar seperti apa yang aku fikirkan, sesungguhnya aku tersangatlah bersyukur. Allahurabbi. Yelah, kita dah tunggu lama, kemudian, dah ditolak beberapa kali. Seingat aku lebih daripada 5 kali. Jadinya, bila dapat sahaja email macam ni, dah tentulah kita gembira. Kan?

Orait. Aku betul seronok harini. Rasa macam nak belanja kawan-kawan makan aiskrim magnum. Hehehe. Siapa yang sudi makan aiskrim bersama saya? Hehehe.



Sumber : google.

You Might Also Like

6 comments

  1. alhamdulillah dah lulus dah tu .. tapi rasa lepas bagi pengesahan lulus .. dia x auto letak ads ni. nanti kita edit nak letak ikut size mana nak letak..kat mana.. mcm nuffnang la jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh, yeker? Tapi rasa macam dah keluar iklan dia. Ke itu dalam tempoh percubaan? Erks.

      Padam
  2. Belum lulus..br try skali. Nnt cuba lagi lah..mana tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul-betul. Kena cuba banyak kali. Macam saya, kena reject lebih daripada 5 kali..:)

      Padam
  3. Wahh bestnyaaaaa.... say yang tak lepas2 lagi ni sob..sob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, kena cuba lagi tu. Jangan putus asa ya. :)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email