Erti Kerisauan Pada Seorang Ibu. - ceritaejoy

Erti Kerisauan Pada Seorang Ibu.

1:02 PTG


Erti Kerisauan Pada Seorang Ibu. Ceritaejoy macam ni, semalam aku hantar adik ipar aku pulang ke telok mas. Saja je aku suruh dia duduk rumah aku. Boleh teman wife dengan anak-anak aku. Ada la mereka kawan. Selain tu, berserilah juga rumah aku. Kalau tak, memang senyap jelah rumah aku tu. Patutlah orang-orang dulu suka anak ramai kan? Ish! Ini bukan cerita pasal keluarga ramai ya.

Berbalik kepada cerita aku tadi. semasa dalam perjalanan ke telok mas tu *aku guna jalan AMJ* tak silap aku sewaktu berhenti di traffic light bukit serindit. Tak pasti apa nama kawasan tu. Ada sebuah ambulance di laluan sebelah memecut dengan laju. 1st thinking aku adalah, mesti ada orang nak bersalin. Orait, teruskan perjalanan.

Jalan je depan sikit, ada sebuah lagi ambulance di laluan sebelah. Ini bermakna dah 2 buah ambulance dalam 1 laluan. Hmm. Kepala aku time tu, orait, mesti ada kemalangan. Yelah kalau dah 2 buah ambulan dalam 1 laluan, mestilah ada orang kemalangan kan? takkan ada 2 orang yang nak bersalin dalam 1 masa kan? Tak mustahil sebenarnya tapi ianya jarang-jarang berlaku. Itu pemikiran aku.



Takpelah, teruskan lagi perjalanan aku. Sampai nak masuk ke simpang jalan *laluan lama untuk ke muar* aku nampak sebuah lagi ambulance, kalau yang 2 tadi adalah ambulance hospital, tapi kali ni ambulance pertahanan awam. Orait! Bila ada 3 buah ambulance, ini dah tentu bukan kemalangan kecil. Ini confirm banyak kenderaan yang terlibat ni.

Masuk je simpang, aku dah nampak banyak kenderaan. Dalam erti kata lainnya, jammed. Perlahan je pergerakan kesemua kenderaan. Sampai je ke lokasi, aku nampak banyak anggota pertahanan awam sedang mengalihkan motosikal. Rasa aku penunggang motosikal tersebut terbabas ke dalam perparitan di sebelah jalan. Dalam pulak tu! Kena angkat keluar. Bukan sebuah tau, aku rasa dalam 3 biji motosikal. Itu belum kira yang dekat tepi jalan.

Waktu tu jam 7 lebih. Hari dah mula gelap. Waktu tu juga adik ipar aku *yang no 3, lelaki* dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan menunggang motosikal. Ini yang aku tak suka. Yelah, bila berlaku keadaan macam ni, kepala kita confirm akan set benda yang tak elok. Wife dengan adik ipar aku, tak habis-habis perhatikan kemalangan tu. Ada sebuah motor yang rosak teruk.

Hati sebenarnya dah mula tak sedap. Aku teruskan juga perjalanan aku. Sampailah ke rumah di telok mas. Sampai je rumah. Mak mertua aku bukakan pintu. Kita boleh tahukan riak wajah seorang ibu. Wife aku tanya, mak ok ke? Nape muram je? Tapi mak mertua aku senyap je. Aku pun pelik juga nape muka dia semacam. Ish.

Tunggu punya tunggu, tak juga pulang adik ipar aku. Jam dah nak masuk pukul 9 ni. Biasa dalam jam 8 dia dah ada kat rumah dah. Dah semua tak sedap hati. Yelah, kita dah nampak kemalangan kan, lokasi kemalangan pulak tak jauh dari rumah. Mestilah kita fikir bukan-bukan. yer tak? Call tak angkat, mesej tak jawab. Ahh sudah.

Wife aku dah sibuk-sibuk tanya mak mertua aku. Kenapa muka dia monyok je. Tak macam biasa. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Tak tentu arah! Aku pun naik pening. Adik ipar aku yang perempuan ni, dok asyik call. Tak juga dapat. Hai, kenapa ni. Hmm. Aku rasa, aku nak stop ceritaejoy dekat sini. Rasa macam panjang dah aku menulis ni. Aku sambunglah cerita aku ni dalam entry kedua ya.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email