8 Destinasi Terbaik Dunia Bagi Pengembaraan Solo. - ceritaejoy

8 Destinasi Terbaik Dunia Bagi Pengembaraan Solo.

10:11 PG


8 Destinasi Terbaik Dunia Bagi Pengembaraan Solo. Bagi individu yang gemarkan aktiviti pengembaraan, perkara yang paling sukar adalah mencari teman untuk mengembara. Rakan-rakan atau ahli keluarga berkemungkinan terikat dengan kerja, terlibat dengan masalah kewangan ataupun tidak mengemari lokasi yang ingin kita pergi. Dan keputusan daripada pemasalahan ini adalah, melakukannya secara sendirian. Apabila memilih untuk mengembara secara sendirian, masalah utama yang timbul adalah, kemanakah ataupun lokasi apakah yang sesuai? Nah! Harini aku ingin kongsikan 8 destinasi terbaik di dunia, yang mana sesuai untuk anda mengembara secara solo. Ayuh! Teruskan bacaan anda!

Melbourne City Australia

Melbourne Australia

Melbourne adalah sebuah destinasi pelancongan paling terkenal dan sering menjadi pilihan pengembara, jadi tidak hairanlah kalau kita tengok pantainya yang indah dan kehidupan bandar yang selalu sibuk.

Kenapa Australia?

Australia secara keseluruhannya dianggap destinasi paling selamat untuk perjalanan antarabangsa, dan oleh sebab itu, ramai pengembara solo pergi ke sana.

Sebagai sebuah negara yang berbahasa Inggeris, anda tidak akan berhadapan dengan apa-apa halangan bahasa.

Melbourne adalah sebuah lokasi yang sangat mudah kerana anda mudah untuk berjalan kaki dan mendapatkan basikal di mana sahaja!


thailand

Thailand.

Thailand juga di anggap sebagai sebuah destinasi yang selamat bagi pengembara solo. Ini adalah kerana, Thailand menggalakkan kesaksamaan antara lelaki dan wanita.

Kenapa Thailand?

Thailand terkenal dengan layanan yang mesra, dan sebagai sebuah lokasi “hot-spot”, terdapat banyak peluang untuk kita berjumpa dengan pengembara yang mempunyai fikiran sama seperti kita.

Thailand mempunyai banyak lokasi yang menarik, daripada Bandar besar seperti Bangkok ke pantai yang indah dan hutan-hutan tropika.  Perjalanan di Thailand juga mudah kerana banyak menawarkan laluan backpacking.

 Savegre River

Costa Rica

Costa Rica adalah tempat yang hebat jika anda inginkan pengembaraan, surfing, gunung berapi dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Hanya mereka yang berfikiran stereotaip sahaja menganggap destinasi pelancongan ini tidak selamat. Ini adalah kerana, Costa Rica penuh dengan penduduk tempatan yang ramah tamah dan banyak membantu.

Kenapa costa rica?

Anda tidak akan merasa bosan kerana ada yang banyak pengembaraan yang menarik untuk anda terokai.

Cusco, Peru

Cusco, Peru

Sebuah tempat yang kaya dengan budaya, Cusco terkenal dengan penduduk orang asli yang sering dilihat di jalan-jalan dalam pakaian tradisional mereka.

Kenapa cusco?

Anda boleh mempelajari banyak kebudayaan yang sudah pasti tidak ada di Negara anda.

alaska travel

Alaska.

Lokasi ini di katakan sebagai lokasi yang tidak asing lagi kepada pengembara solo. Dikatakan hampir 20% daripada pengembara yang datang ke sini adalah pengembara solo.

Kenapa Alaska?

Keajaiban alam semula jadi, termasuk glasier, gunung salji dan bongkah ais yang hebat dan yang paling menarik adalah melihat ikan paus di sana!

Aran Islands

Aran Islands

The Arans adalah tiga pulau yang terletak di luar pantai barat Ireland. Kepulauan Aran adalah tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan seharian.

Kenapa Aran Islands?

Lokasi yang sangat selamat dengan pulau-pulau terpencil dan penduduk tempatan yang mesra. Lokasi yang sesuai untuk berbasikal kerana basikal di antara kenderaan utama di sana.

Temple Bedugul, Bali

Bali, Indonesia

Bali adalah tempat yang terkenal dengan yoga, spa-spa, restoran-restoran organik dan pantai. Gabungan mesra orang-orang yang ramah dan budaya-budaya indah telah menjadikan lokasi ini sebagai lokasi nombor 1 tarikan pelancong.

Kenapa Bali Indonesia?

Setiap orang di bali dikenali sebagai seorang yang sangat mesra. Sebagai pulau Hindu, Bali adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang santai dan rohani.

kuala lumpur

Malaysia.

Akhir sekali. Negara saya, Negara Malaysia! Malaysia dikatakan sebagai sebuah destinasi pengembaraan solo yang paling terkenal di asia. Malaysia adalah sebuah Negara yang selamat, penduduk yang mudah mesra, Negara islam yang konservatif, Malaysia adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin mengembara secara solo.

Kenapa Malaysia?

Malaysia penuh dengan pengalaman berwarna-warni dan menyeronokkan termasuklah pelbagai festival dan acara tahunan. Malaysia seperti dua negara dalam satu, dengan hutan liar Borneo dan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

You Might Also Like

1 comments

  1. dah lama hamba ingin mengembara solo ke luar negara tapi tulah kekangan masa dan kerjaya.takut kena culik pun ada..menangis tak berlagu mak hamba

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email