Demam Kepialu : Simptom dan bagaimana ianya tersebar. - ceritaejoy

Demam Kepialu : Simptom dan bagaimana ianya tersebar.

4:51 PTG


Demam Kepialu : Simptom dan bagaimana ianya tersebar. Malaysia di serang demam kepialu! Dalam bulan oktober 2015, sebanyak 32 kes dicatatkan. Daerah Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong sebanyak 8 kes, 4 kes di Lembah Pantai dan 4 kes di Cheras. Walau Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan sehingga kini.

Maksud Demam Kepialu.

Demam kepialu atau demam paratyphoid (typhoid fever) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.


Bagaimana ianya tersebar?

Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan gerai makanan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan di dalam lesen perniagaan makanan. Elakkan membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu dalam sesuatu kawasan.

Simptom Demam Kepialu

Antara gejala atau simptom demam kepialu termasuklah:

- Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
- Cirit birit
- Sembelit
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sakit badan / lemah / letih lesu
- Kurang selera makan
- Batuk tanpa kahak
- Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
- Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
- Bengkak limpa dan hati

Jika tidak dirawat, pesakit boleh mengalami gejala ini secara berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya.

Ubat Demam Kepialu

Rawatan yang biasa diberi ialah fluoroquinolone seperti ciprofloxacin. Rawatan juga boleh menggunakan ceftriaxone atau cefotaxime. Demam kepialu yang dirawat dengan cara yang betul tidak membawa maut. Antibiotik seperti ampicillin, chloramphenicol, trimethoprim-sulfamethoxazole, amoxicillin, dan ciprofloxacin, boleh digunakan untuk merawat demam kepialu. Pembedahan biasanya dibuat dalam kes usus yang pecah atau bocor.

Langkah Mencegah Demam Kepialu

1) Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan

2) Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya

3) Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buah-buahan, makanan dari penjaja tidak berlesen semasa berlakunya wabak.

4) Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

5) Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan

6) Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu

7) Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam

8) Hanya gunakan air bersih di dalam penyediaan makanan

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email