7 Cara Buat Lelaki Nampak Lebih Seksi Di Mata Wanita - ceritaejoy

7 Cara Buat Lelaki Nampak Lebih Seksi Di Mata Wanita

11:28 PG


7 Cara Buat Lelaki Nampak Lebih Seksi Di Mata Wanita. Apakah bentuk penampilan yang menjadikan Lelaki Seksi DiMata Wanita? Ahha! Soalan ini pastinya bermain di minda para Lelaki Maskulin Malaysia. Haruslah di ingatkan, untuk menjadi seksi, tak perlu badan sado pun, hanya ikut 7 cara yang akan dikongsikan ini. Ahha!

Orait, sebelum itu, kena tahu dulu, apakah bentuk penampilan yang menjadikan lelaki ini seksi di mata wanita. Kalau sebut Wanita Seksi Dimata Lelaki. aku pasti korang dah boleh bayangkan, apakah bentuk penampilan seseorang wanita itu. Itu wanita, lelaki pulak macam mana? Ahha. Ini yang perlu para lelaki di luar sana tahu.


Ciri-ciri Lelaki Seksi di Mata Wanita.

Penampilan seseorang lelaki itu sering menjadi perkara utama. Lelaki yang menyisir rapi rambut mereka, berpakaian kemas, memakai wangian dan mengeluarkan kata-kata yang lembut sering dianggap seksi. Namun, ada juga lelaki yang tidak ada ciri di atas tetapi masih juga dikategorikan sebagai seksi di mata wanita. Ya! Wanita punya anugerah yang istimewa di mata mereka.

Lelaki yang punya bakat di dalam sesuatu bidang. Kita ambil contoh, nyanyian. Suara mereka di anggap seksi oleh wanita. Ini menunjukkan perkataan seksi itu tidak hanya merujuk kepada satu-satu perkara sahaja. Oleh yang demikian, apakah bentuk penampilan yang boleh lelaki lakukan untuk menjadi seksi di mata wanita?

Pernah dengar teknik Memikat Wanita Dengan Tatapan Mata? Dalam kes ini, mata juga dianggap seksi. Tak perlu anak mata berwarna biru atau hijau untuk menjadikan anda lelaki seksi. Hanya dengan pandangan kepada seorang wanita, anda sudah mampu menjadi seorang lelaki yang seksi. Namun, bentuk pandangan yang bagaimanakah yang perlu anda buat?

Yang sebenarnya, konsep seksi ini adalah sangat luas. Ia mungkin menjadi kelebihan bagi seseorang lelaki itu, namun boleh juga di pelajari dengan teknik-teknik yang betul bagi mereka yang tidak punya kelebihan. Inilah yang cuba aku kongsikan dalam post aku kali ini, 7 Cara Buat Lelaki Nampak Lebih Seksi Di Mata Wanita. Yang sebenarnya, anda sudahpun menjadi seksi di mata wanita, namun, teknik ini dikatakan mampu menjadikan anda "lebih" nampak seksi. Ahha! Nak tahu caranya? Ayuh, lanjutkan bacaan anda di post seterusnya,

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email