Keutamaan Enjin Carian : 2 Entry 1 hari. - ceritaejoy

Keutamaan Enjin Carian : 2 Entry 1 hari.

10:24 PG


Keutamaan Enjin Carian : 2 Entry 1 hari. Aku pernah terbaca di dalam 1 blog dari blogger seberang, indonesia, mengenai blog yang mesra enjin carian. Katanya, enjin carian menggemari blog yang sentiasa terupdate. Dan limit entry/post bagi 1 hari adalah 2 entry baharu. Ini bermakna, setiap hari kita perlu update sekurang-kurangnya 2 entry. Lebih banyak lebih bagus.

Nampak macam sikit je kan 2 entry. Tapi itu pun masih sukar bagi sesetengah blogger malaysia termasuklah aku. Ha. Nak karang cerita bukan mudah. Nak berceloteh kosong bolehlah, tapi ada ke yang nak baca? Kita bukan top blogger malaysia. Mereka, cerita apa pun, boleh cecah ribuan PV sehari. Walaupun mereka cuma update 1 entry 1 hari. Berbanding kita yang banyak update ni.


Di sinilah pentingnya niche blog. Bila blog kita fokus pada 1 topik, kita akan mudah cari cerita untuk blog. Berbanding dengan blog "bebas". Perlu sentiasa kreatif mencari cerita baru. Ianya samada daripada bacaan dari blog-blog otai ataupun daripada google trends. Aku sendiri masih belajar teknik mencari "keyword" hebat daripada sumber ini.

2 entry 1 hari juga memainkan peranan penting di dalam mendapatkan kelulusan Google Adsense. Walaupun blog ceritaejoy telah ditolak permohonannya beberapa kali oleh sumber kewangan utama bagi kebanyakkan blog ini, namun aku tak pernah putus asa. Banyak yang aku pelajari daripada peristiwa ini. Orang cakap, kalau kita pandai mencari kelemahan dari kesilapan kita dan membetulkannya, kita akan menjadi semakin hebat dan hebat. Itu orang kata.

Orait. Aku macamana pun, perlu usaha untuk menghasilkan 2 entry 1 hari. Tahu, bukan semua orang baca pun, tapi macam yang aku cakap, kalau kita belajar dari setiap kelemahan kita dan membetulkan setiap kesalahan itu, kita pasti semakin maju dan maju. Top blogger malaysia, kejayaan mereka bukan dihasilkan dalam masa 1 hari. Bertahun lamanya. Jadinya, kita yang baru nak tumbuh ni, kenalah berusaha dan berusaha. Kejayaan tak datang bergolek. 

You Might Also Like

2 comments

  1. mak aiii 2 entri satu hari, banyak tu. dengan bekerja lagi, tak terkejar huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan-kan..bukan mudah sebenarnya nak hasilkan 2 entry 1 hari..respek dengan mereka yang hasilkan entry lebih dari ini dan yang paling penting berkualiti. ha.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email