Bacaan Ipu Jerebu Tidak Betul? - ceritaejoy

Bacaan Ipu Jerebu Tidak Betul?

2:00 PTG


Bacaan Ipu Jerebu Tidak Betul?. Aku sebenarnya tertanya-tanya juga, betul ke Bacaan Ipu Seluruh Malaysia ni? Sebabnya, pagi tadi aku bawa kereta ikut highway plus dari ayer keroh ke simpat ampat, keadaan jerebu semacam sangat menakutkan! Yelah, bukit dekat tepi jalan tu pun susah nak nampak. Tapi bacaan Ipu masih lagi dalam lingkungan 100. Hmm. Betul ke bacaan Ipu ni?

Aku menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Pernafasan aku, semakin hari semakin sukar. Ada masanya aku terasa macam kurang je oksigen dalam badan aku ni. Yelah, kita bawa motor, tiba-tiba rasa sakit kepala dan rasa macam nak pitam. Tapi bacaan Ipu masih dalam keadaan rendah atau dalam kata lainnya, dalam keadaan tidak membimbangkan. Itu yang buatkan aku sedikit pelik.



Dalam perkongsian di laman sosial, ada seorang rakan berkongsikan mengenai hal ini. Selepas aku baca perkongsian ini, ianya sedikit sebanyak menguatkan lagi kepercayaan aku, yang mengatakan Bacaan Ipu Seluruh Malaysia ni tidak betul.


Hmm, kalau betullah seperti apa yang dikongsikan, ini bermakna, jika bacaan Ipu sekarang adalah 100, bacaan sebenar adalah 200. Kan? Kalau bacaan ipu yang diberikan 200, ini bermakna, bacaan sebenar bacaan Ipu adalah lebih daripada itu. Tidakkah ianya membimbangkan? Patutlah sekarang ni, kerap sakit hidung. Nak bernafas pun rasa susah. Risau dekat anak-anak je, mereka dah kerap batuk sekarang ni.

Malaysia sebuah negara yang maju. Dunia sudah tahu akan hal ini. Kita sepatutnya dah guna alat yang lebih canggih. Sebabnya ianya adalah berkaitan dengan rakyat. Yang kebanyakkan perlu ke sana kemari dan terdedah kepada keadaan terbuka. Tidak semua daripada kami, mampu untuk berada di bawah penghawa dingin hampir setiap masa.

Jika benarlah seperti apa yang di kongsikan, harapan kami cuma satu, ianya melibatkan kehidupan seharian kami, rakyat adalah mengenai sesebuah negara, negara juga adalah mengenai rakyatnya. Kami tidak meminta diberikan harta melimpah, cuma sediakan kami sedikit keselesaan. Malaysia maju, rakyat sejahtera. 

You Might Also Like

3 comments

  1. sebab jerebu tebal sangat kot jadinya tak nampak bacaan dengan tepat..hehe..


    Salam kenal..

    http://www.ainalondiet.com/2015/10/ainal-on-diet-5th-anniversary-giveaway.html

    BalasPadam
  2. betul tuh...bacaan rendah tapi kita tengok dengan mata kasar nih macam teruk jer..kalau keluar jer nak bernafas pon susah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah..hmm..makin teruk nampaknya jerebu ni kan?

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email