Ayahanda Rani Kulop Kipidap Buat Report lagi! - ceritaejoy

Ayahanda Rani Kulop Kipidap Buat Report lagi!

4:29 PTG


Ayahanda Rani Kulop Kipidap Buat Report lagi! Panas sungguh isu Harga Tol Naik Lagi ni. Pelbagai respon yang diberikan rakyat mengenai hal ini. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenaikan ini kerana sememangnya ianya membebankan rakyat. Terbaru, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), *sebuah badan ngo ataupun non-governmental organisation* membuat laporan polis berhubung kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di Lembah Klang.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi adalah untuk menggesa kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya untuk menangguhkan kenaikan kadar tol.


" Pihak kerajaan dan syarikat tol perlu melakukannya secara perlahan-lahan. Jangan membebankan rakyat," kata Abdul Rani Kulup kepada pemberita.

"Saya mewakili rakyat untuk meredakan keadaan. Jangan menaikkan kadar tol pada masa ini, supaya rakyat tidak tertekan," katanya.

Abdul Rani Kulup berkata kerajaan perlu campur tangan dalam perkara ini kerana kadar tol tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya.

"Orang ramai sudah dibebani dengan kenaikan harga bahan api, barangan, dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Sementara itu, Abdul Rani Kulup juga membuat dua laporan berasingan pada jenama selipar dikenali sebagai "Glacio G-2079" yang mempunyai kalimah Allah di atasnya, dan sirap batuk yang dinamakan "Royce" yang mengandungi 6% daripada etanol yang boleh menyebabkan isu-isu kesihatan .


"Saya menyeru kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Sumber : thesundaily

Terbaiklah Ayahanda Rani Kulop Kipidap! Terima kasih kerana membantu kami meluahkan apa yang tersimpan di dalam jiwa kami ni. Sememangnya kami sudah terbeban dengan kenaikan banyak perkara. Oleh yang demikian, perlulah ada usaha untuk mengurangkan beban kami. Janganlah suruh kami pergi ke tempat lain pula. Kerana ini juga tanah kami. Asalnya kami disini.

Sedih juga bila kita di minta keluar dari rumah sendiri. Bukan mudah untuk membina sebuah rumah. Dan bukan hanya beberapa orang sahaja, malah ianya melibatkan semua orang. Jadinya kami berharap agar pihak berwajib mengkaji semula perkara ini.

You Might Also Like

5 comments

  1. Hehe..Memang terbaik dia ni kan..Berani Bersuara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Itula, habis semua di reportnya. Tapi ada bagusnya juga kan? Hehehehe.

      Padam
  2. Apa yang beliau report kan ni ada betulnya :D

    Tapi kat tv sekarang menteri-menteri tengah sibuk memberi justifikasi kenapa harga tol memang patut naik haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah, orang-orang pandai tu. Buat apa semuanya betul. Pendek kata,apa sahaja yang datang dari pemikiran mereka adalah betul. Yang menanggungnya, ha ni, orang macam kita. Hmm

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email