10 Perkara Ini Mungkin Telah Tamat Tempoh. - ceritaejoy

10 Perkara Ini Mungkin Telah Tamat Tempoh.

3:02 PTG


10 Perkara Ini Mungkin Telah Tamat Tempoh. Yang sebenarnya, banyak perkara atau alatan di rumah kita sudahpun tamat tempoh tetapi percaya atau tidak ianya masih lagi digunakan oleh pemiliknya. Ia mungkin mempunyai nilainya yang tersendiri. Dalam entry kali ini, aku cuba untuk menyenaraikan beberapa perkara yang boleh membantu korang dalam mengenali perkara-perkara yang aku sebutkan tadi. Ya! Ayuh!


Yang pertamanya. Cuba pergi ke bilik air dan periksa berus gigi anda. Adakah ianya sama seperti gambar di atas? Jika ya, sila tukar sekarang kerana ianya sudahpun tamat tempoh. Kadar peratusan bersih bagi pengunaan berus gigi seperti ini tersangatlah rendah. Dan percaya atau tidak, ramai di kalangan kita yang masih menggunakannya. Betul tak? Ala, jangan malu-malu, orang dah tahu dah. Hehehehe.


Yang keduanya adalah, span pembersih kotoran pada pingan mangkuk. Ok, tiada peraturan khusus mengenainya. Namun, daripada pembacaan di google, ianya perlu digantikan selepas seminggu penggunaannya. Dan ianya juga perlu dibersihkan dengan menggunakan air suam. Hmm, agak-agaklah, siapa yang hanya menggunakan span ini dalam masa seminggu dan yang lebih penting, siapa yang membersihkan span ini menggunakan air suam? Bersihkan dengan air paip, perah sampai kering, letak semula dekat tepi, kan? Hehehe.


Fuh. Yang ketiga, cuba lihat kasut sukan anda. Baik, siapa yang tahu berapakah tempoh masa penggunaan kasut tersebut? Ahha! Aku tahu. Hehehe. Kasut tersebut perlu diganti selepas digunakan bagi jarak larian sejauh 400km! Soalan pertama, siapa yang mengira jarak larian mereka? Soalan kedua, siapakah yang menggunakan kasut sukan mereka sehingga rosak dan koyak? Hehehe. Rata-rata dari kita semuanya samakan? Dah betul-betul rosak baru tukar, selagi boleh pakai, kita pakai, kan? Hehehehe.

Hish, rasa macam banyak benda dekat rumah kita, yang sebenarnya dah tamat tempoh tapi kita masih guna hingga sekarang. Tak perlu nak cerita habislah, 3 perkara dekat atas tu je dah banyak orang buat, kan? Hehehe. Tapi kalau korang nak tahu juga, korang boleh baca dekat entry ini: 10 Perkara Ini Mungkin Telah Tamat Tempoh.

You Might Also Like

2 comments

  1. singgah > http://jmbelog.blogspot.my/2015/10/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html

    BalasPadam
  2. haha..betul betul..lagi lagi kalau kasut tuh...kalau tak rosak or koyak memang akan pakai punyer la sampai lunyai..sbb kasut nih makin lama pakai makin selesa.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email