Wabak penyakit anjing gila (rabies) diisytiharkan dalam 3 negeri di Malaysia. - ceritaejoy

Wabak penyakit anjing gila (rabies) diisytiharkan dalam 3 negeri di Malaysia.

8:42 PG


Wabak penyakit anjing gila (rabies) diisytiharkan dalam 3 negeri di Malaysia. Secara jujurnya, baru hari ini aku dengar tentang penyakit anjing gila ni. ha. sungguh. Tetapi, tahukah anda, 3 buah negeri di semenanjung malaysia telah diisytiharkan sebagai negeri yang mempunyai wabak ini, negeri-negeri itu adalah perlis, kedah dan pulau pinang.

Virus zoonotic (rabies) mulanya di kesan di perlis pada 19 ogos dengan 22 mangsa gigitan setakat ini. Di kedah pula, 5 orang telah digigit anjing liar dan kini di rawat sejak 13 september. Mengikut laporan, sebanyak 476 anjing liar telah dimusnahkan manakala 1,639 anjing telah disuntik dan berlesen di Kedah.

Sedikit mengenai penyakit anjing gila (rabies), ia merupakan penyakit menular akut yang menyerang saraf pusat pada manusia dan haiwan berdarah panas yang disebabkan oleh virus rabies. Ianya disebabkan oleh gigitan daripada haiwan atau melalui luka terbuka.

Tanda atau gejala rabies.


- Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)

- Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.

- Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). Sesetengah Nya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.


- Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan terasa sakit, dan lumpuh.

Antara kesan lain mereka yang dijangkiti virus ini adalah pesakit akan mengalami kesukaran bernafas sehingga menyebabkan kematian.

Rawatan khusus penyakit anjing gila (rabies)


Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.

Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)
Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)

Pencegahan penyakit anjing gila (rabies)


Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies 

Disyorkan untuk: Semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.

Jenis vaksin: Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio)

Bilangan dos: 3 dos, pada hari: 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos).

Dos tambahan : Selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada risiko pendedahan.

Kontra indikasi: Pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies.

Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies.

Langkah pencegahan penyakit anjing gila (rabies)


Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.


Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email