Tulisan tangan semakin dilupakan. ~ Ceritaejoy Tulisan tangan semakin dilupakan. - Ceritaejoy

Tulisan tangan semakin dilupakan.

5:27 PTG


Tulisan tangan. Penulisan tangan telah dipraktikkan berkurun lama dulu. Perubahan masa telah menyebabkan medium penulisan semakin menghilang. Kalau dulu nya, penulisan tangan diperlukan di dalam hubungan jarak jauh, tapi kini, gadget canggih telah mengambil alih.

Aku masih ingat bagaimana teruja nya aku ketika baru-baru belajar menulis dulu. Tidak cukup dengan kertas, habis dinding rumah ku contengkan. Hahaha. Kreativiti kanak-kanak kan? Kemudian bila masuk ke sekolah rendah, guru-guru mula menitik beratkan Tulisan Tangan Yang Bagus. Bagus dari apa? Dari segi rupa. Aku masih ingat lagi dengan ayat ini "Ini tulis pakai tangan ke pakai kaki?". Ianya merujuk kepada rupa penulisan aku. Dah macam cakar ayam. Hahahaha. Tapi tahu tak apa jadi selepas itu? Tulisan tangan aku masih kekal sama seperti dahulu. Yelah, selepas aku tengok Tulisan Singkatan Doktor, aku percaya, tulisan tangan aku masih dalam kategori baik. Hahahahaha.

Baik. Siapa yang masih lagi mengekalkan tulisan tangan? Korang memang hebat. Hahaha. Aku dah lupa bila hari terakhir aku menulis tangan. Teringat lagi pesan guru aku, kata dia, kalau aku tak betulkan tulisan tangan aku ni, nanti jari akan jadi keras. Bila jari dah keras, memang susah lah nak betulkan tulisan aku tu. Dulu aku tak percaya, sekarang aku percaya. Hahahaha. Minta maaf ya cikgu!

Aku rasa la kan, aku rasa, kalau lah blog ni menggunakan tulisan tangan, mesti tak ramai blogger. Hahahaha. Kalau ada ramai blogger pun, mesti tak ramai pembaca. Yelah, bukan semua orang boleh/suka baca tulisan doktor ni kan? Mesti orang tak faham apa yang kita nak sampaikan. Aku rasa la kan, aku rasa lagi, tak mustahil 1 hari nanti, akan ada application yang mampu menukar tulisan tangan yang tak cantik kepada pelbagai tulisan cantik. Ala, macam dekat Microsoft excel tu, kan boleh ubah tulisan dia, boleh guna arial, calibri, batang, eh macam-macamlah. Kan? hehehe.

Orait, berhenti di situ. Sekarang aku nak kongsikan, korang tau tak, ada beberapa insan istimewa, yang mana tulisan tangan mereka tersangat lah bernilai *ha, tulis tangan pun boleh cari makan tau*. Tulisan tangan sepanjang zaman ini dikongsikan dalam artikel Koleksi tulisan tangan paling berharga. Agak-agak koranglah, siapa yang mampu menulis macam no #16 tu? Sungguh aku terpikat!

You Might Also Like

1 comments

  1. sunnguh ejoy, dulu masa sekolah tulisan kak ana antara feveret cikgu2 buat contoh , tapi sekarang ni dah makin bersepah..macam tak ada daya nak menulis ,adoi.:(

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You