Nak Mendaki Gunung Everest? Ini yang perlu korang tahu. - ceritaejoy

Nak Mendaki Gunung Everest? Ini yang perlu korang tahu.

10:30 PG


Nak Mendaki Gunung Everest? Ini yang perlu korang tahu. Pertamanya nak kasitau, aku bukanlah peminat sukan mendaki. Namun aku percaya, hampir kesemua peminat sukan ini mengimpikan gunung everest sebagai destinasi pilihan no 1. Baik, soalan biasa mengenai destinasi ini adalah, Gunung Everest Terletak Di Negara Mana? Ahha! Kalau korang nak tahu, ianya terletak di Zon Sagarmatha, Nepal - Tibet, sempadan china.

Sedikit maklumat mengenai gunung everest. Ia adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter dari aras laut. Ia terletak di atas banjaran gunung himalaya. Pendakian pertama adalah pada tanggal 29 Mei 1953 oleh Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay dari kaum Sherpa *salah satu suku bangsa di Nepal dan Tibet yang hidup di lereng-lereng gunung Himalaya*. Rakyat malaysia pertama mendaki gunung everest pula adalah M. Magendran dan N. Mohandas. Ia dilakukan pada tanggal 23 Mei 1997.


Cabaran Mendaki Gunung Everest

Mendaki gunung everest bukanlah semudah yang disangka. Melihat kepada banyak nyawa yang terkorban semasa pendakian ke puncak tertinggi dunia ini. Oleh yang demikian, jika korang ada merancang Nak Mendaki Gunung Everest? Ini yang perlu korang tahu.

Pendakian gunung everest dikatakan pendakian paling mencabar dan paling sukar bagi seseorang manusia. Bila dah terkeluar ayat semacam ini, korang dah boleh bayangkan tak, macamana kesukaran yang bakal korang tempuh nanti. Suhu paling sejuk yang pernah dicatatkan adalah -41ºC!


Gunung everest juga sering memberi "kejutan" kepada pendaki. Ianya adalah dalam bentuk ribut dan keadaan sejuk melampau secara tiba-tiba! Jadi tak hairanlah, keadaan yang awalnya tenang, boleh berubah menjadi huru hara di dalam sekelip mata!


Walaubagaimanapun, cabaran ini dikatakan di antara cabaran biasa. Ini bermakna ada lagi cabaran yang lebih hebat! Yang perlu anda tempuh jika mengimpikan untuk mendaki gunung everest! Cabaran inilah yang dikatakan banyak meragut nyawa pendaki gunung. Huhuhu. Atas sebab inilah, aku tak suka mendaki gunung. Bukan sebab stamina takda ya! Tapi sebab takut berhadapan dengan perkara-perkara semacam ini. 

Yang sebenarnya, ada 1 aplikasi di mana korang boleh melihat kemampuan korang berhadapan dengan situasi di atas gunung everest. Ianya sudah pasti dicipta oleh mereka yang benar-benar mahir dan sudahpun berhadapan dengannya. Jadinya, sebelum korang memilih untuk mendaki, korang uji dahulu diri korang dengan aplikasi ini. Jangan risau, tak perlu register dan ianya adalah percuma. < Would You Survive Climbing Mount Everest?>

You Might Also Like

1 comments

  1. daki bukit pun dah semput....gunung everest!!! mmg tak sanggup..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email