Tips Beli Rumah Pertama - ceritaejoy

Tips Beli Rumah Pertama

10:58 PG


Tips Beli Rumah Pertama. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku nak kongsikan Pengalaman Beli Rumah Pertama aku. Mungkin pengalaman biasa sahaja, dan mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin memiliki rumah sendiri kelak. InsyaAllah.

Baik. Aku bukanlah pakar hartanah seperti Abang ensem. Kalau korang nak Tips Beli Rumah Lelong atau Tips Beli Rumah Subsale, bolehlah jengah ke blog beliau. Seorang pakar hartanah yang dikenali dengan warna pink! Hmm, lelaki dengan warna pink, kena tak? Hahahaha. Sorry abang ensem.

Berbalik kepada perkongsian aku hari ini, mengenai Tips Beli Rumah Pertama, antara perkara paling utama yang perlu korang lihat adalah, berapakah interest/profit rate pinjaman korang. Ini yang paling utama pada aku. Kenapa? Sebabnya adalah, pinjaman perumahan memerlukan tempoh yang sangat lama. Boleh jadi sampai ke 40 tahun. Jika korang tak melihat kepada interest/profit rate sewaktu sign perjanjian dengan bank, makanya, korang akan berhadapan dengan 1 masalah besar selama 40 tahun!

Mungkin ada yang kurang faham dengan apa yang cuba aku sampaikan tadi. Baiklah, aku mulakan dari awal ya. Apa yang perlu korang tahu sewaktu ingin beli rumah pertama. Sekali lagi, perkongsian ini adalah berdasarkan apa yang aku lalui sekarang. Mungkin ianya berlainan dengan perkongsian daripada pakar hartanah. Ya.

Tips Beli Rumah Pertama.

1. Kenalpasti persekitaran rumah yang ingin anda beli.

Ini sangatlah penting! Apa yang perlu korang lihat adalah, perkara yang melibatkan keselamatan *lihat kepada kes kecurian yang kerap berlaku melalui report di balai polis berdekatan* juga lihat kepada keadaan kesihatan *lihat kepada kes denggi atau penyakit merebak yang berlaku di kawasan perumahan anda*. Selepas anda benar-benar berpuas hati, barulah korang buat pilihan untuk beli rumah di kawasan yang anda mahukan.

2. Nilai semasa rumah anda.

Mungkin ada di antara kita yang berkeinginan memiliki rumah lain. Jadinya, beli rumah di kawasan yang berkemungkinan nilainya akan meningkat. Macam contoh yang berlaku pada aku. Aku ada tengok rumah dekat 1 kawasan "hot". Nilai rumah yang aku tengok tu, berharga RM275,000. Tapi aku tak jadi beli dekat situ atas beberapa sebab yang tak dapat aku elakkan. Selepas 1 tahun lebih, rumah yang aku tengok tu, dah berharga lebih kurang RM400,000!! Bayangkan, nilai rumah meningkat sebegitu mendadak!

1 lagi kes yang berlaku dekat aku adalah, jika korang ada rancangan untuk jadikan rumah korang sebagai rumah sewa atau "homestay", melihat kepada keadaan sekeliling perumahan anda. Adakah dekat dengan kawasan pelajar *kolej atau universiti*, adakah dekat dengan kawasan industri, dan juga adakah dekat dengan kawasan bandar atau hospital.

Macam seorang rakan aku, bayaran rumah beliau adalah sebanyak RM300, tapi beliau sewakan rumah beliau pada harga RM600! Ini bermakna, setiap bulan beliau memperolehi extra income sebanyak RM300. Boleh tak korang bayangkan keadaan rumah yang memerlukan bayaran bulanan sebanyak RM300?



3. Tips Membuat Pinjaman Perumahan.

Ini yang sebenarnya yang ingin aku kongsikan. Apabila korang dah benar-benar pasti dengan rumah yang ingin korang beli. Korang perlu membuat pinjaman perumahan kan? Aku nak share sedikit pengalaman aku yang mana aku sedang berhadapan dengan nya sekarang.

Kenal pasti bank pinjaman anda melalui bacaan melalui blog atau web. Juga kenal pasti, berapakah kadar interest yang ditawarkan kepada anda semasa perjanjian dengan bank dilakukan. Macam aku, aku tak pandang semua ni sebab dalam kepada aku waktu tu, aku nak ada rumah sendiri.

Nak kata menyesal, dah tak boleh, tapi melalui percakapan dan melalui bacaan aku, aku sepatutnya tidak menandatangani perjanjian dengan bank sotong merah. Sebabnya? Kadar interest bank ini dikatakan antara yang tertinggi!! Dan kini, aku perlu bayar bulanan yang tinggi untuk rumah aku! Berbeza dengan jiran-jiran aku yang membuat pinjaman dengan bank lain.

Jadi, aku nak nasihatkan, kenal pasti bank terlebih dahulu dan kadar interest yang mereka tawarkan. Tahu berapakah bayaran yang akan dikenakan kepada anda. Buat research mengenai kadar interest dengan rakan-rakan yang dah beli rumah atau tanya pada mereka yang pakar.

4. Simpanan wang yang mencukupi.

Kena ingat, bila dapat kunci je, ada banyak benda yang korang perlu lakukan dan hampir kebanyakkannya menggunakan wang. Jadi, perlu ada simpanan wang yang mencukupi. Rumah dekat malaysia ni, boleh dikatakan sangat perlu ada grill. Tak seperti yang kita lihat di luar negara, yang mana ada kawasan perumahan yang rumah mereka langsung takda grill. Itu belum cerita pasal benda lain lagi.

Rasanya ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Macam yang aku cakap tadi, aku hanya berkongsi apa yang berlaku pada diri aku. Sebenarnya ada banyak lagi Tips Beli Rumah Pertama ni. Mungkin korang boleh jalan-jalan ke blog rakan-rakan blogger yang sememangnya berkongsikan perihal perumahan ni. Macam contoh blog abang ensem tu tadi. Semoga perkongsian ini, adalah memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

You Might Also Like

4 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email