Gunakan bungkusan kedap udara untuk elakkan soalan UPSR bocor. - ceritaejoy

Gunakan bungkusan kedap udara untuk elakkan soalan UPSR bocor.

10:30 PG


Penggunaan bungkusan yang mengandungi kertas soalan peperiksaan yang kedap udara adalah antara langkah baru yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan mulai tahun ini bagi mengelak berlaku kejadian kertas soalan bocor, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamed Yusof.

Beliau berkata sekiranya terdapat gangguan pada bungkusan berkenaan, pusat kawalan di Putrajaya akan dapat mengesan lokasi dan pusat peperiksaan di mana berlakunya gangguan tersebut.

"Bungkusan kertas soalan ini adalah kedap udara yang kalau terbuka sedikit sahaja pun, pusat kawalan di Putrajaya akan dapat mengesan di mana berlakunya gangguan terhadap bungkusan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau meninjau perjalanan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bharati, yang turut disertai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datin Azuyah Hassan dan Exco Pendidikan Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Khair berkata jika dahulu prosedur membuka bungkusan kertas soalan memerlukan pelajar untuk melihatnya, namun kali ini hanya pihak guru yang diperlukan untuk memastikan pembukaan bungkusannya dilakukan dengan baik.

Beliau turut berkata seramai 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini yang meliputi 446,511 calon sekolah kerajaan dan 9,418 calon sekolah swasta yang turut melibatkan 49,655 petugas peperiksaan.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email