Perasaan berhenti kerja membuak-buak. - ceritaejoy

Perasaan berhenti kerja membuak-buak.

12:04 PTG


Perasaan berhenti kerja membuak-buak. Siapa yang suka dan selesa dengan kerja yang dia lakukan sekarang? Tahniah! Anda sememangnya berada dalam zon selesa anda. Kemudian, siapa yang rasa lansung tak seronok dan ingin segera berhenti kerja? Tahniah juga. Kerana anda masih lagi kekal melakukan kerja yang langsung anda tidak suka. Sama seperti aku sekarang. Dalam kepala aku sekarang, berhenti kerja dan berniaga.

Menabur bakti di syarikat automotif sememangnya suatu perkara di luar pemikiran aku. Aku langsung tak pernah terfikir akan perkara ini. Dan dalam tak terfikir tu, aku berada dalam bidang ni untuk tahun ke 10! Satu tempoh yang tidak singkat. Apa yang aku dapat disini? Aku dapat ilmu yang tidak mungkin aku boleh dapat di syarikat lain. Di sini, korang boleh belajar hampir apa sahaja, daripada sekecil-kecil pemasangan hinggalah ke pembuatan kilang! Ya, korang boleh belajar sampai ke tahap itu walaupun korang memiliki jawatan yang paling kecil!

Kalau dah bagus, kenapa nak berhenti kan? Sebenarnya, banyak juga aku ceritakan di blog ceritaejoy ni. Berkaitan keadaan sebenar pekerjaan yang dikatakan ramai orang, mampu menjadikan pekerjanya kaya atau memiliki kereta jenama antarabangsa ini. Ia langsung tidak berlaku! Ini adalah kerana, "gaji" adalah perkara paling extreme di syarikat ini.

Benar, matlamat utama kita bekerja adalah mencari ilmu, tetapi dengan pendapatan yang diperolehi setiap bulanlah, yang melansungkan perjalanan kehidupan kita sekeluarga. Tempoh masa selama 10 tahun dengan bayaran basic sebanyak RM1400 adalah suatu perkara yang tidak logik! Kehidupan sekarang semakin menekan. Peningkatan taraf hidup tidak sama langsung dengan pendapatan bulanan. Di tambah lagi dengan apa yang di bayar syarikat, ini adalah perkara yang sangat tidak logik! 

Terasa perlu ada perubahan yang sangat drastik. Yang perlu aku lakukan segera, untuk keluar daripada situasi ini. Syarikat automotif ini, sangat gah namanya di mata dunia. Namun, pihak atasan yang mentadbir menjadikan ia seperti biasa-biasa sahaja. Kami dipandang seperti tidak ada apa-apa kepentingan. Melainkan. Melainkan ada sesuatu yang luar biasa, yang anda lakukan untuk majikan.

Ahh, aku perlu lakukan perubahan drastik. Jalan yang aku nampak sekarang. Berhenti kerja dan berniaga. Itu sahaja jalan untuk aku memperolehi pendapatan yang aku inginkan. Itu juga jalan yang ada untuk aku keluar daripada "telunjuk" orang lain. 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email