Masalah invalid security token error 403 pada blogspot! - ceritaejoy

Masalah invalid security token error 403 pada blogspot!

2:08 PTG


Masalah invalid security token error 403 pada blogspot! Pagi ini, aku betul-betul berada dalam stress. Semua benda jadi serba tak kena. Mulanya sebab template blog ceritaejoy yang bermasalah. Kemudiannya aku berhadapan dengan masalah ini : Invalid security token error 403. Aku sendiri tak pasti apakah punca kepada masalah ini.

Serius! Semua benda serba tak kena hari ini. Puas aku cari, apa punca kepada masalah ini. Tapi langsung tak jumpa. Aku tak pasti samada aku sahaja yang mengalami masalah ini atau ada blogger lain yang turut sama terkesan. Tolonglah, kalau ada sesiapa yang boleh bantu aku selesaikan masalah ini.

Sekali lagi, hari ini adalah hari di mana aku kembali tension+stress+cam nak marah-marah je. Ini semua sebab template blog. Aku masih belum jumpa dengan template yang boleh aku katakan, inilah blog ceritaejoy yang sebenar. Kecewa jangan cakaplah, sebabnya, bila kita ubah template blog, semua susun atur dalam blog akan jadi berselerak. Dan lebih mengecewakan adalah, bila kita tak jumpa dengan template yang sesuai, kita terpaksa menggunakan template asal *sebelum edit* dan kembali menyusun "layout" blog. Ini yang sebenarnya memberi tekanan kepada aku.

Orang cakap bukan senang nak senang. Samalah dengan dunia blogging ni. Bukan mudah nak jadi top bloggers malaysia. Mereka yang sudah mempunyai gelaran ini, sudah pasti telah menempuh pelbagai rintangan. Yang akhirnya menjadikan mereka sangat hebat di dalam dunia blog.

Arghh, aku kembali tension memikirkan punca kepada Masalah invalid security token error 403 pada blogspot ni. Kenapa tiba-tiba je kau ada ni? Time orang tengah pening nak ubah template, time tu lah ko nak ada. Bikin hati panas sahajalah! Tension! Tension. Hmm, ada tak yang sudi nak membantu?

You Might Also Like

18 comments

  1. Ada tak yang sudi membantu menyelesaikan masalah aku ni? Hmmm

    BalasPadam
  2. huh ni first time jumpa error jenis macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? sama la dengan. Baru 1st time jumpa error macam ni. Pening juga memikirkannya.

      Padam
    2. saya mempunyai masalah yang sama , maaf jika terjemahan teks saya adalah lemah kerana saya tinggal di Brazil dan saya bercakap portugues.aconteceu yang sama dengan saya dan perkara yang pelik ialah saya menambah e-mel baru sebagai adiministrador dan melakukan login dengannya dan kesilapan itu hilang, sila melakukan ujian dan lihat jika ia adalah sama dengan anda.

      Padam
  3. sama dengan aku.Kita serupa...:o

    BalasPadam
  4. berarti ini permasalahannya ada di google ya?

    BalasPadam
  5. saya mempunyai masalah yang sama , maaf jika terjemahan teks saya adalah lemah kerana saya tinggal di Brazil dan saya bercakap portugues.aconteceu yang sama dengan saya dan perkara yang pelik ialah saya menambah e-mel baru sebagai adiministrador dan melakukan login dengannya dan kesilapan itu hilang, sila melakukan ujian dan lihat jika ia adalah sama dengan anda.

    BalasPadam
  6. dan juga blog saya , saya cuba pelbagai cara tetapi tidak bekerja, jadi menambah e-mel baru sebagai adiministrador dan log masuk kepadanya dan hilang erro.tente sana dan melihat jika ia adalah terjemahan mesmo.desculpe , di sini kita bercakap Portugis .

    BalasPadam
  7. Sepertinya semua orang mengalami hal yang sama seperti itu. Semua blog saya juga begitu.

    BalasPadam
  8. blog ku juga, udah aku otak atik tetep aja nihil. dari google nya mungkin ya?? kalau ada yang udah berhasil kasih tau caranya ya ke emailku kirey.hikari@gmail.com please. thx before

    BalasPadam
  9. Ini yang saya coba lakukan , saya pikir mungkin ada yang tidak sinkron dengan nama blog lama dengan blog baru,
    • pertama saya lapor dengan ke google dengan bantuan "givefreedback" di dashboard blog, saya ikuti petunjuknya, menyorot tampilan teks masalah yang dihadapi lalu submit
    • kedua saya rubah semua nama url blog yang ada, karena saya piker ketika import blog mungkin masih ada sisa atau yang tidak terdeteksi dan masih terkirim ke blog baru ternyata ada setiap postingan yang masih terdapat nama url lama ,periksa semuanya satu persatu judul dari setiap judul posting yang ada,
    • ketiga saya juga hapus script iklan semuanya memang makan waktu lama. saya matikan online keesokan hari blog saya sudah tampil seperti semula, mungkin bisa dicoba trik ini, semoga berhasil,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama. Terima kasih atas perkongsian ini! :)

      mengenai url blog, ada logiknya, kerana url telah berubah dari .com ke .my (di malaysia).

      Keduanya mengenai iklan. Mungkin juga ada logiknya kerana ada iklan yang tidak berfungsi dengan baik di blog saya.

      Terima kasih sekali lagi rakan dari indonesia atas perkongsian ini. :)

      Padam
  10. pstt~ ijoi... sbnrnye ana nak komen kat entry yg kerje pemetik buah kat ostrolia tu.

    BalasPadam
  11. tapi dok tunggu kotak komen kat situ tak kuar2 pulak. tu yg ana drop komen kat sini hehe. bes jugak kalo keje pemetik buah tu. mmg betul mcm ijoi ckp berbaloi2 je rasa keje petik buah dgn gaji cmtu utk seminggu. ana pon nak kalo cmtu hehe

    BalasPadam
  12. Ha, boleh je. Janji berani. Dalam hidup ni kena ada keberanian. Baru semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. :)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email