Malaysian Airline kini dikenali dengan Malaysian Airline Berhad. - ceritaejoy

Malaysian Airline kini dikenali dengan Malaysian Airline Berhad.

2:05 PTG

Malaysian Airline kini dikenali dengan Malaysian Airline Berhad. Dengan pelbagai isu yang timbul dan kemelut yang melanda, akhirnya mas airline dihentikan operasinya pada 30 jun dan ditukar kepada syarikat yang baru, Malaysia Airline Berhad (MAB).



PETALING JAYA: Langkah penjimatan besar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah bermula.

Ia dimulakan dengan kontrak sajian makanan kontroversi bernilai RM6.25 bilion dengan Brahim’s Holding Bhd.

 Namun ia hanyalah salah satu daripada 4,000 kontrak yang dikaji semula untuk membawa harga kontrak bekalan tersebut kepada penanda aras industri.

Langkah besar untuk MAS adalah ibu pejabat baharu syarikat itu di KLIA dari Subang yang akan bermula pada 1 April dengan sekurang-kurangnya 1,300 kakitangannya dipindahkan secara berperingkat.

Syarikat MAS sedia ada akan berhenti beroperasi pada 30 Jun dan operasinya akan dipindahkan kepada syarikat penerbangan baharu, Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Christoph Mueller yang juga bekas CEO Aer Lingus memulakan tugasnya di MAS pada Isnin.

Beliau tiba awal di MAS dan dikatakan sibuk menghadiri beberapa mesyuarat dengan pasukan penstrukturan pengiklanan termasuk pasukan pengurusan di MAS pada Isnin.

Syarikat penerbangan baharu itu akan mempunyai pengurangan kapasiti sebanyak 10 peratus berbanding jumlah sedia ada dalam MAS pada waktu ini.

Ia akan memfokuskan laluan domestik dan serantau yang memberikan pulangan lumayan.

“Untuk pengurangan kapasiti sebanyak 10 peratus, MAS tidak perlu memberhentikan 6,000 kakitangannya, hanya beberapa ratus sahaja sudah mencukupi.

“Satu kajian mengenai rancangan pengurangan kakitangannya diperlukan sejak rancangan baharu MAS untuk meningkatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5 peratus setahun sehingga 2020, maka ia memerlukan kakitangan untuk memacu operasinya. Jadi mengapa lakukan pengurangan dan kemudian ambil semula pekerja,” kata Mueller.

Pada bulan ini, pemilihan kakitangan untuk syarikat penerbangan baharu itu akan dilakukan dan mereka akan menerima surat peletakan jawatan daripada MAS dan surat pelantikan dibawah terma dan syarat baharu dengan MAB.

Mereka yang dipecat akan diberi surat penamatan perkhidmatan dan kemungkinan pakej perpisahan yang masih belum ditetapkan.

Perkara itu menjadi isu perbalahan antara beberapa kesatuan yang mengancam untuk mengadakan bantahan beberapa minggu akan datang.

Namun, Khazanah Nasional Bhd yang memiliki 100 peratus kepentingan MAS mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin yang menegaskan ‘semuanya berada di landasan betul’ bagi pelaksanaan 12 Pelan Pemulihan MAS.

Ia menyediakan kad laporan enam bulan mengenai perkembangan mengikut 12 pelan tersebut.

Menurut Khazanah, penyusunan semula itu melibatkan pemulihan lengkap MAS supaya syarikat itu akan kembali meraih keuntungan yang mampan.

Pemberhentian 6,000 kakitangannya adalah sebahagian daripada 12 Pelan Pemulihan MAS.

MAS mempunyai 20,000 kakitangan dan syarikat baharu itu akan hanya memiliki 14,000 kakitangan.

Khazanah pada November lalu mengumumkan 12 Pelan Pemulihan MAS selepas syarikat tersebut mengalami dua tragedi malang pada tahun lalu selepas kehilangan dua pesawatnya yang meragut 537 nyawa.

Namun, sebelum itu MAS sudah mengalami masalah kewangan kerana ia tidak boleh menyokong kos operasi sehingga mendorong kerajaan untuk melakukan penstrukturan semula terhadap syarikat tersebut.

Beberapa penstrukturan semula telah dilakukan pada masa lalu tetapi MAS masih belum berupaya mencatat keuntangan yang konsisten.


Sumber: mstar.com.my

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email