Koleksi kopi paling rare di dunia! - ceritaejoy

Koleksi kopi paling rare di dunia!

5:00 PTG

Koleksi kopi paling rare di dunia. Jika sebelum ini, kopi paling rare dan di antara Kopi Paling Mahal Di Dunia *yang aku ketahui* adalah kopi luwak atau lebih dikenali sebagai Kopi Musang Indonesia. Tetapi selepas daripada baca artikel mengenai kopi di satu laman web ini, baru aku tahu, banyak sebenarnya jenis kopi yang aku kategorikan sebagai rare!

Kalau korang masih ingat dalam Filem Nujum Pak Belalang, waktu tu, ada satu adegan buat kopi gunakan arang *yang dia kikis belakang periuk tu* Ahha!  Aku ingatkan itu cuma lakonan sahaja, rupa-rupanya kopi arang memang wujud! Hahahaha. 



Di Yogyakarta, Indonesia, ada sejenis kopi dengan nama Kopi Joss atau Kopi Joss Jogja. Cara penyediaan nya cukup unik. Dimana, kopi dan gula di masukkan ke dalam cawan dan dituangkan air panas. Ini nampak sama kan? Namun, apa yang membuatkan ia menjadi istimewa adalah, arang panas di masukkan ke dalam air. Peminat minuman ini pastinya sangat teruja mendengar bunyian yang terhasil daripada arang panas tersebut.

Setelah api arang telah padam, arang dikeluarkan daripada air dan boleh terus di minum! Ahha! Unik bukan? Arang dipercayai dapat meneutralkan keasidan kopi dan menjadikannya lebih mudah untuk minum. Sekarang korang dah tahukan yang kopi arang itu sememangnya wujud? Hehehehe.



Pernah dengar air kopi yang di campur dengan cheese? Hmm, apa ya rasanya? Di Finland, ada sejenis kopi dengan nama Kaffeost. Kiub Leipäjuusto berbentuk seperti dadih keju, secara tradisinya dibuat dengan susu rusa, mempunyai ciri-ciri kerak berkaramel.

Cara penyediaannya? Kopi panas di masukkan ke dalam cawan yang berisi dadih keju. Kesan daripada air kopi tersebut menyebabkan keju mula mencair dan bersatu dengan air kopi. Pergh! Boleh bayangkan tak macamana rasanya? Kalau tak boleh, silalah beli tiket ke finland sekarang juga. Hahahaha.

Baik. Sekarang, ada tak perasaan teruja di hati korang? Sebenarnya ada 7 koleksi kopi paling rare di dunia. Diantaranya kopi air terjun, kopi telur dan kopi daripada najis burung. What! Korang mesti tak percayakan? Kalau tak percaya, korang boleh baca di 7 jenis kopi paling rare di dunia.

You Might Also Like

1 comments

  1. As salam..

    Membalas kunjungan dari segmen Emas Putih.. :D

    Rare sangat kopi-kopi tu..paling tak boleh tahan kopi luwak tu..pernah tengok kat rancangan tv kowt cara penghasilan dia..erkkkk..tak lalu nak telah..hihi

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email