Kerja petik buah anggur di australia. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kerja petik buah anggur di australia.


Kerja petik buah anggur di australia (Work picking grapes in australia). Adakah anda bercita-cita ingin bekerja di luar negara dan memperolehi pendapatan yang tinggi hampir setiap minggu? Nah, peluangnya kini dibuka, bekerja sebagai pemetik buah di autralia dengan pendapatan luar biasa. Hubungi kami sekarang!

Aku bukan nak buat iklan ya, tetapi aku menerima mesej seperti di atas. Katanya, kerjaya pemetik buah di australia ini menjanjikan pendapatan yang tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan di malaysia. Mungkin ada logiknya. Melalui bacaan aku di sebuah blog, pendapatan mingguan bagi seorang pemetik buah di sana adalah bersamaan RM1400. Ini adalah bersamaan dengan "basic" gaji aku sekarang!

Bayangkan, 1 minggu mereka boleh dapat pendapatan sebanyak itu, kalau sebulan? Kita yang bekerja disini, boleh dikatakan berpendapatan RM2000 *mengikut basic RM1400* sebulan. Itu adalah mengikut kadar pertukaran lama. Jika kita kira dengan nilai tukaran ringgit terkini, sudah pasti nilai pendapatan yang diperolehi lebih tinggi! Hmm, bunyinya seperti menarik kan?

Sebenarnya, perkara/isu ini dah lama bermain di fikiran dan minda aku. Aku sememangnya ingin mencari sesuatu yang baru *juga pendapatan yang baru* di dalam kehidupan aku. Tetapi hingga kini, aku masih kekal dengan kerjaya lama. Tidaklah aku tidak bersyukur dengan kerjaya aku sekarang, tetapi ada masalahnya. Baik, bayangkan diri korang di tempat aku. Korang dah bekerja hampir 10tahun. Sekali lagi, 10 tahun, dan basic gaji korang sekarang adalah RM1400! Apa perasaan korang? Bekerja selama 10 tahun dengan basic gaji RM1400? Suka?

Kerjaya sebagai pemetik buah di australia ini sebenarnya cukup famous di kalangan rakyat malaysia. Sebabnya? Aku punya saudara di sana. Tetapi mereka tidak bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya sebagai kelasi kapal. Baru-baru ni, ada lagi saudara aku ke sana. Dan memilih kerjaya sebagai pemandu teksi. Perihal kelancaran kehidupan di sana, aku kurang pasti. Yang aku pasti mereka memang bekerja di sana.

Orang kita ni lebih memikirkan kelancaran hidup. Atau dalam kata lainnya, lebih selesa berada di dalam zon selesa. Yang akhirnya, membawa kepada kehidupan biasa sepanjang hayat. Cuba tengok rakyat asing yang datang bekerja di malaysia ni. Mereka tu langsung tak tahu apa. Cakap melayu pun langsung tak betul. Punah ranah. Tapi cuba tengok kehidupan mereka. Kalaulah kerajaan malaysia membenarkan rakyat asing yang bekerja di malaysia ni beli rumah, confirm kebanyakkan rumah di sini akan dibeli oleh mereka.

Ada yang datang ke malaysia sehelai sepinggang. Ambil masa beberapa tahun di sini, akhirnya menjadi antara yang terkaya di kampung mereka. Pelik juga sebenarnya aku, mereka datang ke sini, bekerja dan menjadi kaya, rakyat malaysia bekerja puluhan tahun, kenapa tak semuanya kaya? Itu aku pelik. Argghh, malas nak fikir, sekarang point utama aku adalah, adakah aku akhirnya akan memilih kerjaya sebagai pemetik buah anggur di australia? Ataupun apa sahaja kerjaya yang ada? Itu aku akan fikirkan nanti. Kalau korang, macamana?
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com