Jerebu Di Melaka Terkini - ceritaejoy

Jerebu Di Melaka Terkini

1:36 PTG

Jerebu Di Melaka Terkini. Nampaknya masih belum ada tanda-tanda jerebu akan pulih. Kalau sebelum ini, sewaktu hujan kerap turun, ada menunjukkan jerebu semakin berkurang, namun baru-baru ini, jerebu kembali membelenggu masyarakat malaysia.  Bacaan Ipu Jerebu Terkini Melaka adalah 102 mengikut sumber dari APIMS (Air Pollutant Index of Malaysia) setakat jam 1100 bertarikh 27 september 2015. Namun bacaan paling tinggi setakat jam 1100 adalah Shah Alam dengan IPU sebanyak 272 di ikuti oleh Batu Muda Kuala Lumpur dengan bacaan IPU 253 dan Pelabuhan Kelang dengan bacaan IPU sebanyak 245.


Merujuk kepada petunjuk bacaan IPU, 102 berada dalam kategori kuning iaitu tidak sihat. Adalah di ingatkan juga agar mengurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air. Janganlah ada pula yang berangan dengan menganggap jerebu itu kabus macam dekat genting highland ya. Itu kabus elok, kalau sedut, sejuk ke rasa, tapi kalau jerebu p sedut banyak-banyak, sejuk juga nanti jadinya. Tau-tau dengar suara imam je nanti. Ha! Hehehe.

Jerebu? Hmm, tangan manusia jugalah yang menjadikan jerebu ni. Ia bukan kejadian semulajadi. Ia hasil daripada sifat rakus manusia yang mengejar kekayaan dunia. Akibat daripada sifat beberapa orang ini, beribu orang terpaksa menanggungnya.  Bayangkan kita dekat sini, bacaan IPU 102, dah rasa susah sangat nak bernafas, sakit tekak. Tu, depa dekat negara jiran, bacaan IPU 1200!! Boleh bayangkan macamana keadaan mereka? Ish!

Dah lama aku tak tengok keadaan matahari sempurna. Sejak jerebu terjadi ni, matahari bertukar menjadi merah! Dan "hilang" lebih awal dari masa yang sepatutnya. Cuba pula bayangkan kalau matahari benar-benar hilang? Manusia tanpa panas matahari. Boleh bayangkan?

Janganlah hanya kerana sedikit kekayaan, di hapuskan keindahan dunia. Cukup-cukuplah menyakiti bumi. Entah sampai bila kita boleh menghayati keindahan ini. Biarlah kita bebas menghirup udara segar daripada menahan kesesakan daripada jerebu. Jangan sampai ianya menjadi bencana, barulah manusia membuka mata dan kembali menjaga bumi. Jangan sampai ke tahap itu.

You Might Also Like

4 comments

  1. dah esok sekolah tuutp ....kpm dah keluarkan kenyataan kan? huhuhu

    BalasPadam
  2. Semoga orang-orang Melaka sentiasa berada dalam lindungan-Nya.
    Apa Yang Berlaku Pada Orkid Di Sabah ?

    BalasPadam
  3. berapa agaknya IPU hari ini, nampak makin teruk

    BalasPadam
  4. tapi cuaca ditempat saya ...setiap sore hari hujan terus ni

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email