Mood blogging ke laut. - ceritaejoy

Mood blogging ke laut.

1:16 PTG

Teknik blogging. Mood nak berblogging hari ini betul-betul ke laut *kenapa mesti laut ye?*. Ini semua sebab anak sulung aku demam panas. Huhuhu. Bila anak dah tak sihat, semua benda pun tak kena. Tumpuan dan perhatian kena bagi 200% pada mereka. Dah usaha macam-macam, secara moden dan tradisional, tapi suhu badan masih juga sama. Tinggi! Demam tak juga kebah. Aku risaukan anak aku ni kena stroke haba je.


Kalau kita tengok suhu dekat malaysia ni, memang tengah panas. Dengan jerebu lagi. Ya. Melaka sekarang ni macam berkabus. Nak bawa kereta, nampak putih je. Berbalik kepada kes anak aku demam panas. Kena juga tahu simptom stroke haba ni. Kalau kita tengok gambar dekat atas, suhu badan adalah >40.5. Suhu badan anak aku untuk semalam adalah 39 darjah celcius. Maknanya anak aku bukan terkesan dengan kes stroke haba ni.

Walaupun suhu anak aku tak tinggi macam tu, tapi still anak demam panas. Kan? Kena juga usaha cari ubat atau petua anak demam panas ni. Jalan-jalan dekat siraplimau terjumpalah apa yang aku perlukan. Sebenarnya, aku dah cuba buat seperti apa yang dikongsikan, tapi suhu badan anak aku masih sama. Cuma ada 1 perkara yang baru aku tahu. Ok, aku cuba kongsikan dekat sini ya. Kredit kepada blog siraplimau *sirap limau ais? Perghh*.

Petua demam panas.


1. Periksa suhu badan anak.

Adalah sangat penting untuk tahu berapa suhu semasa badan anak kita. Jangan main agak-agak je. Pegang sikit dekat dahi dengan ketiak, kemudian buat rumusan, owh ok, demam. Jangan! Ketahui dengan lebih detail, berapakah suhu semasa badan anak kita. Suhu normal adalah 36.7◦c. 

2. Tuam dengan kain basah.

Ini sangat penting. Kena kerap tuam atau lap badan anak kita. Ini bertujuan untuk kurangkan suhu badan mereka. Letakkan kain basah di dahi dan ketiak. Jangan biarkan kain terlalu lama di dahi.

3. Makan bubur.

Selera budak orang demam ni, memang tersangatlah kurang. *tak tahulah kalau selera bertambah waktu sakit-sakit ni kan?*. Jadi, berikan anak anda makan bubur nasi. Jangan sesekali biarkan perut mereka kosong. Ini adalah sangat tidak bagus. Badan mereka perlukan tenaga. Kalau tak makan, macamana nak ada tenaga kan? Ye idok?

Ini pelajaran baru. Beri anak makan aiskrim vanilla. Ha? Aiskrim? Biar kebenaran? Katanya dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. What?

4. Minum banyak air.

Petua yang sangat mudah tapi selalu di abaikan. Suhu badan yang tinggi akan menyebabkan badan kekurangan air. Jadi berikan mereka minum air dengan banyak.

Aku lebih suka beri minum air 100plus yang di campur dengan air masak. Alhamdulilah, setakat ini berkesan.

5.Sentiasa berada di sisi anak.

Bila mereka tidak sihat, mereka perlukan “lebih” tumpuan daripada kita, ibubapa. Jadi kita perlu sentiasa berada di sisi mereka. Cuba untuk penuhi setiap apa yang mereka inginkan *yang mampu untuk anda penuhi*. Sentiasa berikan kata-kata semangat kepada anak anda. Supaya mereka cepat sembuh.

Doa demam panas.


Kita orang islam, memang di galakkan berdoa dan memohon kepada Allah. Jangan ada yang tak tahu, ada doa khas untuk demam panas ni. Antara doa nya adalah, doa nabi ibrahim ketika berada di dalam api. Api yang panas bertukar menjadi sejuk. Semuanya juga atas izin Allah ya. Info ini aku dapat dari blog murabbiy. Aku kongsikan di sini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Langkah #1: Sediakan bahan berikut:

1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil

Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut

1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)

Sambung dengan doa berikut;

Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)


Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)

atau;

Doa demam panas (1x)



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

atau;

Doa penyejuk (1x)


Maksudnya:

Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

atau;

Kesemua 6 rangkaian doa tersebut.

Langkah #3: Proses rawatan

1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral sehingga habis nafas.

2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil.

3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.

4. Tuamkan tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk, kepala (gunakan kain yang lain).

Langkah #4: Usaha tambahan

1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)

2. Jika panas berterusan;

a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit

3. Dapatkan rawatan doktor

Nota editor:

1. Langkah tersebut dilakukan adalah sebagai ikhtiar awal sebelum pesakit mendapat rawatan daripada doktor

2. Sekiranya air doa sudah berkurangan, ia boleh ditambah dengan memasukkan air mineral (bukan air masak)

Hmm, nampaknya entry aku kali ini memang tak kena langsung dengan tajuk. Nak bercerita pasal mood blogging ke laut, tapi tershare pula pasal stroke haba, petua demam panas dengan doa demam panas. Hehehe. Takpelah, janji ada sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama. Semoga ianya memberi manfaat. Ye idok? Hehehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email