Cara mudah centerkan iklan pada blog. - ceritaejoy

Cara mudah centerkan iklan pada blog.

12:26 PTG

Cara mudah centerkan iklan pada blog. Mungkin ada yang dah biasa dan mungkin ada yang baru pertama kali merasa. Bila kita letak iklan pada bahagian atas *Pada bahagian banner* bersaiz 728x90, iklan itu tak center atau tidak selari dengan iklan lain. Ianya kelihatan seperti gambar di bawah:


Ianya mungkin menyakitkan mata pada aku atau pada sebahagian blogger. Mungkin juga ada blogger yang selesa dengan keadaan seperti ini. Ini terpulang pada diri masing-masing ye. Baik, bagi mereka yang tidak suka dengan keadaan atau rupa seperti ini, anda boleh mengubahnya. Dan ianya tersangatlah senang. Ha, senang sungguh!

Cara mudah centerkan iklan pada blog.

Katakan code iklan anda adalah seperti ini:

<a href="http://jobdirumah.net/dap/a/?a=8397" target="_blank"><img src="https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/jdrv3banners/728x90.png" width="728" height="90" /></a>

Apa yang perlu anda buat adalah, tambah <center> pada bahagian awal dan penutupnya </center> pada bahagian akhir. Ianya akan kelihatan seperti ini:

<center><a href="http://jobdirumah.net/dap/a/?a=8397" target="_blank"><img src="https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/jdrv3banners/728x90.png" width="728" height="90" /></a></center>



Bila semuanya kelihatan baik, anda boleh preview dahulu dan selepas berpuas hati boleh lah save dan bergembiralah dengan view blog anda. Hehehe. Mudah kan? Mudah sangat. Hahaha. Sebenarnya bukan apa, bila dia senget, kepala kita pun jadi senget sebab pandang benda yang tak lurus. Hati pun boleh jadi tak selesa. Betul tak? Jadinya, biarlah ianya lurus, sedap mata memandang, sedap lagi kalau rakan-rakan blogger click iklan yang ada. ye idok? Hehehehhe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email