Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. - ceritaejoy

Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap.

9:49 PG

Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Entah kenapa tiba-tiba nak kongsikan resepi pulak. Hahahaha. Tak salah kan? Dah nama pun personal blog, jadinya, bolehlah kalau nak cerita apa-apa pun kan? Orait, aku nak kongsikan Resepi Sambal Belacan Mudah.

Kalau ada yang baca perihal aku ni yang tak suka makan pedas, kalau belum baca, boleh search Tidak boleh makan pedas. Tapi hari ini aku nak kongsikan yang aku sebenarnya suka makan sambal belacan.

Wahahaha. Sambal belacan pedas kan? Ahha! Untuk pengetahuan korang, aku hanya boleh makan sambal belacan dalam kategori tak berapa nak pedas. Ya. Dan ianya hanya mampu di buat oleh Ibuku Yang tercinta. *kini sudah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk Arwah Zainab Bte Saad*.


Orait. Yang sebenarnya, tak susah pun nak sediakan sambal belacan ni. Sapa-sapa pun boleh buat. Jom kita tengok apa yang korang perlukan untuk hasilkan Sambal Belacan Mudah Dan Sedap ni.


Resepi Sambal Belacan Mudah

BAHAN-BAHAN:

25 hingga 30 Cili Burung atau cili Thai (campuran merah dan hijau)
Belacan (sebesar ibu jari)
1/2 sudu kecil Gula
Sedikit garam, jika perlu

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam batu lesung dan tumbukkan hingga sebati. Bila rasa dan ok, boleh lah di hidangkan. Ahha! Mudahkan? Mudahlah sangat kan? Hahahaha.

Jika mahu lebih sedap *macam iklan kicap kipas udang pulak* korang boleh tambahkan 1 sudu jus kalamansi dan 1 sudu kulit limau nipis yang dihiris halus. Waktu nak tumbuk tu, korang masukkan. Ha.

Dah siap Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Amacam mudah tak? Mudah kan? Kalau korang yang duduk nun jauh di perantauan, bolehlah buat sendiri ya. Tapi itulah, air tangan ibu juga yang sedap. Kan? Orait. Dah siap kongsikan resepi mudah sambal belacan. 

Lepas ni memang hari-harilah ada menu sambal belacan sedap ni. Di tambah pula dengan nasi panas, ikan masin dan ulam-ulaman. uhh! Aku dah lapar! Nak makan sambal belacan! Oklah. selamat mencuba ya!

You Might Also Like

6 comments

  1. 25 hingga 30 biji tu macam dah pedas je tu.hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeker? Ok, sila kurangkan jumlah itu. hahahahahaha

      Padam
  2. wah ... kalau urusan sambal belacan ,istri saya cukup mahir cara buatnya ....:)

    BalasPadam
  3. macam menyengat je tu...itu klu buat berminggu mau habiskan..hehe

    BalasPadam
  4. Setuju...air tangan ibu jugak yang sedap

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email