Rutin setiap pagi. - ceritaejoy

Rutin setiap pagi.

10:49 PG



Rutin blogger. Rutin aku setiap pagi adalah memikirkan cerita atau apakah perkongsian aku untuk blog ceritaejoy. Ya. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Ada masanya, terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsikan, ada masanya, aku hilang arah. Inilah kelebihan yang ada pada top bloggers tetapi tidak pada aku. Mereka punya banyak variasi cerita yang ingin dikongsikan.

Disinilah pentingnya niche blog. Blog tanpa niche ni, agak susah mencari bahan cerita. Bila ada orang yang tanyakan pada aku, apakah niche blog ceritaejoy. Aku akan ambil masa untuk berfikir. Jawapan yang biasa aku berikan adalah, blog ini berkongsikan tips-tips motivasi, personal, perkongsian gambar-gambar menarik, keibubapaan, fesyen lelaki dan sedikit tutorial blog. Secara rumusannya, aku sendiri tak tahu apakah niche blog aku ni.


Aku juga masih lagi mencari blogger template yang betul-betul ngam dengan blog aku ini. Sejujurnya, aku masih belum puas dengan appearance blog ni. Buat masa sekarang, aku hanya mencari free template. Bila sebut pasal barang/perkara percuma ni, almaklumlah, tak semua yang betul-betul memenuhi keinginan kita. Sampai masanya aku betul-betul serius menjadi seorang blogger, aku akan memilih template berbayar. Kerana bila kita perlu mengeluarkan wang, ini bermakna ada sesuatu yang istimewa di situ.


Aku juga masih berusaha dan terus berusaha dalam mencari "kelulusan" adsense. Orang kata, jika ada usaha, disitu terdapat banyak ilmu yang boleh kita belajar. Aku pun hampir lupa, kali ke berapa blog ceritaejoy ini di reject oleh adsense. Mulanya hati sedikit berbunga bila diluluskan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, segalanya berubah. Terlalu banyak tips adsense yang aku belajar, dan hampir kebanyakkannya telah aku aplikasikan pada blog, tetapi masih juga di reject. 

Sebenarnya, penulisan blog yang memainkan peranan di dalam kelulusan adsense. Bila aku tengok balik cerita-cerita lepas, memang sedikit cacamerba. Nak buat blog memang senang, nak menulis pun senang, tapi nak menghasilkan yang betul-betul berkualiti dan tak nampak copy paste memang susah. Memang benar, kadang tu, penulisan kita adalah lahir dari diri kita sendiri, tetapi search engines bukan tahu pun, nampak sedikit ayat atau keyword yang lebih kurang, dikatanya kita copy paste. Hish.


Bercerita pasal keyword, siapa yang benar-benar faham mengenai keyword blog? Adakah top bloggers memang mahir akan keyword atau mereka ada medium khas? Aku setakat ni, cuma guna adwords keyword tool. Beza tau adsense dengan adwords ni. Nak cerita panjang pun, aku bukan hebat sangat. Yang aku faham, adsense ni medium buat duit dengan blog. Adwords pula adalah medium pengiklanan google. Isikan apa yang patut dan iklan anda akan keluar di google.


Kaitan keyword blog dengan adwords keyword tool ni adalah, ada ruangan khas di dalam adwords yang membolehkan kita search apakah keyword yang boleh kita gunakan dalam penulisan di blog. Mungkin ini adalah medium mudah (easy) bagi seorang bloggers picisan semacam aku. Banyak lagi sebenar keyword search tool yang ada. Yang mungkin salah satunya digunakan oleh top bloggers/blogger malaysia di dalam menghasilkan penulisan berkualiti mereka. Itu kenalah tanyakan sendiri pada mereka ya. 


Hmm, rasanya cukuplah aku bercerita mengenai rutin setiap pagi aku ni. Inilah yang selalu aku buat dan fikirkan hampir setiap pagi *selain daripada memikirkan cara-cara untuk lebih serius dengan blog*. Bukan mudah untuk meniti kejayaan. Semuanya perlu dengan usaha. Semua ingin jadi yang terbaik, tetapi aku ingin jadi yang terbaik daripada yang terbaik. Oleh yang demikian, usaha bukan setakat usaha, malah perlu lebih usaha daripada usaha. Ha, faham tak? Hehehe. Terima kasih sudi luangkan masa singgah ke blog ceritaejoy. Jumpa lagi dalam ceritaejoy yang mendatang. Daa~.

You Might Also Like

3 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email