Review blog secara percuma : Blog juraidahrahman. - ceritaejoy

Review blog secara percuma : Blog juraidahrahman.

2:41 PTG

Header_Image

Review blog secara percuma : Blog juraidahrahman. Ok, kali ini aku nak review blog sihat dengan vitamin semulajadi. Hmm, banyak juga blog yang menjual produk shaklee kan? Salah satunya adalah blog ini. Seorang pengedar sah shaklee di kajang, semenyih, bangi, serdang. dan seluruh negara. Hamboi.

Bila bercerita mengenai health blog atau blog kesihatan ini, sudah pastilah entrynya lebih kepada kesihatan ataupun testimoni pengguna. Dan kalau korang nak tahu, inilah cara buat duit online atau buat duit dengan blog. Ha.

Blog yang menggunakan 3 warna, hijau, pink dan kuning ini menggunakan template yang ringkas dan susun atur yang kemas. Aku suka dengan warna yang digunakan. Blog semacam ini sebenarnya mampu menarik pembaca untuk meneruskan bacaan mereka. Disinilah penting warna pada blog. Selain daripada penyampaian yang mudah difahami.

Pada aku, blog juraidahrahman ini lebih fokus kepada perihal kesihatan dan perniagaan. Ianya bukanlah 1 blog personal ataupun blog yang bercampur aduk dengan semua niche blog. Ia hanya fokus kepada health blog. Jadinya, mudah untuk pemilik blog mencari cerita-cerita untuk diketengahkan di dalam blog.

Oleh yang demikian, jika anda mencari-cari, pengedar produk shaklee yang sah di area yang aku sebutkan di awal tadi, bolehlah singgah ke blog juraidahrahman. Juga info-info berkaitan dengan shaklee products. Ya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email