Berani merubah kehidupan. - ceritaejoy

Berani merubah kehidupan.

1:23 PTG


Berani merubah kehidupan. Semua orang pun ingin menjadi kaya. Tetapi berapa ramai yang berani mengubah hidup mereka? Kita lebih selesa berada di dalam zon selesa. Tidak perlu memikir bagaimana untuk mencari dan menambah pendapatan. Tetapi sedarkah kita, pendapatan yang terhasil daripada titik peluh kita itu bukanlah hak mutlak kita? Aku dah lama memikirkan akan hal ini. Dan ianya di tambah lagi selepas aku membaca artikel di blog top bloggers malaysia, Tuan denaihati.

Semua orang ada keinginan nak jadi kaya. Kalau di tanya pada aku, aku juga nak jadi kaya dan menjadi seorang jutawan. Tetapi adakah dengan bekerja dari jam 9 hingga ke lewat petang atau membawa hingga ke malam mampu menjadikan kita mencapai apa yang kita inginkan? Adalah suatu perkara gila jika kita mempunyai impian seperti itu.

Kita tak suka tapi kita tetap teruskan untuk bertahun lamanya. Malahan hingga ke hujung hayat kita. Inilah yang berlaku dalam kehidupan hari ini. Malah, tak terlalu keras kalau aku cakap, kehidupan kini semakin tertindas berbanding 5 atau 10 tahun lepas. Persoalan sekarang, siapa yang berani keluar daripada kehidupan selesa dan mula mencari kehidupan yang mereka inginkan?


Kalau di tanya pada 10 orang. Siapa yang dengan beraninya, berhenti kerja serta merta dan mula berniaga. Berkemungkinan hanya 1 daripada 10. Atau langsung tiada. Apa yang mereka fikirkan? Takut segalanya menjadi susah dan lebih teruk. Bayaran rumah, kereta, anak-anak, insurans, belanja harian, dan macam-macam lagi. Dan tahulah akan perkara inilah yang menghalang ramai orang daripada menjalani kehidupan yang mereka impikan.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa ramai yang merungut dengan kehidupan mereka tapi masih lagi berada dan melakukan perkara yang sama setiap hari, bulan, tahun dan selama-lamanya. Orang cakap dah tak boleh nak buat apa. Ini ketetapan. Sebenarnya salah! Ini bukan ketetapan. Ini adalah pilihan. Anda yang memilih untuk terus hidup seperti ini.


Tak siapa yang boleh mengubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. Kita yang menentukan bagaimana jalan kehidupan kita. Pilihan di tangan kita. Jangan disebabkan kita tak mahu berubah, keluarga dan anak cucu kita terkesan. Jalan meniti kejayaan memang sukar dan banyak rintangannya. Tapi ketahuilah akan manisnya yang menanti.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email