Bacaan jerebu terkini di melaka. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Bacaan jerebu terkini di melaka.


Bacaan jerebu terkini di melaka. Jerebu di melaka semakin teruk! Ini sahaja yang mampu aku cakap. Jarak penglihatan semakin berkurangan. Mengikut bacaan IPU terkini, melaka mencatatkan bacaan sebanyak 104. Ini di dalam kategori kuning iaitu bacaan tidak sihat! Nilai IPU sihat adalah di bawah 50. Manakala bacaan tidak sihat adalah 201 dan keatas. Boleh rujuk di bacaan IPU dan statusnya.

Tekak dah mula sakit. Rasanya dah terlalu banyak air yang aku minum, tetapi kena juga efek dari jerebu ni. Al-maklumlah, jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja jauh, bawa motor pulak tu, jadinya pendedahan kepada kawasan terbuka itu sangatlah lama. Keadaan ini bertambah buruk sebab aku tak pakai perlindung muka. Jadi udara yang aku sedut itu, adalah udara yang boleh dikatakan tidak sihat *bunyinya bahayakan?*.

Dalam keadaan jerebu ni, suhu juga boleh dikatakan sedikit meningkat. Jadi adalah dinasihat supaya kerap minum air *8 gelas sehari atau lebih*dan kerap membasuh kulit muka dan tangan anda. Ini adalah untuk mengelakkan tubuh badan kita menjadi sangat panas. Atau boleh juga tampalkan "kool fever". Ini juga membantu di dalam mengekal suhu di dalam badan kita. 

Tapi sedikit menghairankan aku adalah, air paip di rumah aku tersangatlah sejuk! Sungguh! Nak mandi pun mengigil. Kalau waktu pagi itu normal, tapi ini jam 12! Airnya sangat sejuk. Sampi aku ambil masa untuk basuh anggota badan. Macam mandi ais keadaannya. Mungkin disebabkan oleh lokasi di atas bukit. Tetapi kenapa sebelum ni tak sejuk pun? Ini aku pelik.

Hmm, lupakanlah tentang air paip tu, kembali kepada keadaan jerebu terkini di melaka, sekali lagi aku nak cakap, dari pandangan mata aku, ianya adalah sangat teruk. Jarak penglihatan mata adalah terhad. Oleh yang demikian, adalah di ingatkan supaya mengelakkan aktiviti luar dan banyakkan minum air. Jika ada tanda-tanda seperti batuk yang berterusan atau sakit tekak yang kuat, sila berjumpa dengan doktor dalam kadar segera.
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com