Asal usul nama tempat di sabah yang ramai orang tidak ketahui. - ceritaejoy

Asal usul nama tempat di sabah yang ramai orang tidak ketahui.

4:57 PTG

Asal usul nama tempat di sabah yang ramai orang tidak ketahui. Orait, selalu kita berbual mengenai isu semasa dan perkongsian ceritaejoy, tapi kali ini aku nak ubah sikit. Kita belajar pasal sejarah pulak. Hahahaha. Dulu waktu sekolah kita taknak belajarkan, sebab katanya subjek sejarah ni, satu subjek yang membosankan. Tetapi kinim aku pasti korang akan seronok, sebabnya, korang akan belajar mengenai asal usul nama tempat di sabah. Kenapa sabah? Sebab sabah di antara negeri yang punya banyak nama tempat yang pelik tetapi menarik. Orait, sila teruskan bacaan anda.

Lokasi pertama yang aku nak kongsikan adalah Mengatal.


Bila sebut mengatal, mestilah ada sangkut paut dengan gatal kan. Ianya samada gatal pada kulit atau gatal nak kahwin lain. Ulps! Hehehe. Sejarah nama tempat ini adalah bermula dengan sepohon pokok mangga yang mana, akan membuatkan pemakan buahnya gatal-gatal pada kulit * Hmm, makan buah je badan jadi gatal-gatal? Tak bahaya ke?* Pada awalnya, kawasan itu di beri nama "mangga gatal" tetapi disebabkan evolusi masa *mungkin sebab orang dok sebut laju-laju* jadilah nama kawasan tersebut sebagai mengatal. Al kisahnya.

Lokasi kedua pula adalah Tawau.


Yeah. Ini boleh dikatakan di antara lokasi yang famous di sabah. Baik, macamana boleh dapat nama tawau ni? Nama tawau dikatakan berasal dari perkataan "tawai" yang membawa maksud cara orang dulu-dulu menangkap ikan. Ianya kemudian disebut sebagai "Tawao" oleh orang-orang suluk yang merupakan majoriti penduduk di kawasan tersebut. Owhh, macam tu ye? Hmm.

Lokasi yang 3 pula adalah Penampang.


A'ha! Penampang ye bukan penampar. Penampar ni makan dia! Ha. Baik, nama ini berasal dari nama sebuah kampung yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Dalam bahasa kadazan, ianya membawa maksud "batu besar" sebabnya di kawasan tersebut, di waktu itu banyak batu besar. Owh, nampaknya kita dah belajar 1 bahasa orang kadazan. Hebatkan sejarah?

Lokasi yang 4 adalah Putatan.


Hmm, putatan? Maksudnya? A'ha! Ianya adalah nama pokok iaitu pokok putat yang tumbuh dengan banyak di daerah tersebut. Mengikut cerita dari mulut ke mulut, pekan di daerah ini di sebut sebagai "putat town" oleh penjajah inggeris tetapi ditukar sebagai putatan oleh orang tempatan. 

Orait, aku dah kongsikan 4 lokasi di sabah dan bagaimana nama tempat tersebut di perolehi. Macam yang pernah aku cakap dulu, kita kalau nak kongsikan ilmu dengan orang, jangan kongsi banyak-banyak, sebabnya bukan kedekut ilmu, tetapi takut orang tak ingat je. Jadinya cerita ini aku akan sambung dalam Asal usul nama tempat di sabah yang ramai orang tidak ketahui (bahagian 2). Dah habis belajar sejarah di sini, korang boleh sambung baca di bahagian 2 ya! Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy. Daa~.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email