• Breaking News

    4 Ogos 2015

    Wujud "tangan tersembunyi" kata Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Wujud "tangan tersembunyi" kata Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia|Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

    Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

    Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

    "DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

    "Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

    Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

    Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

    Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

    Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

    Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

    Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Blogger Malaysia