8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda. - ceritaejoy

8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda.

9:27 PG


8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda. Untuk menjadi cemerlang di dalam kehidupan, kita perlulah mempunyai kemahiran perbualan yang kuat. Kata-kata yang keluar dari mulut kita, mencerminkan keperibadian kita. Seringkali kita lihat, mereka yang berjaya di dalam bidang jualan, mempunyai kemahiran perbualan yang tinggi. Malah, untuk menjadi seorang motivator yang hebat, juga memerlukan kemahiran ini. Ada banyak cara untuk meningkatkan kemahiran berbicara anda, diantaranya ialah:

#1 pengetahuan mengenai sesuatu perkara/topic.

Ini adalah perkara yang paling utama. Dengan meningkatkan IQ kita melalui pembacaan, kita akan lebih yakin di dalam perbualan kita. Sentiasa ambil tahu isu semasa. Ini untuk mengelakkan diri kita tersisih jika topic perbualan utama adalah berkaitan dengannya.

#2 Jadi pendengar yang baik.

Dengar dan kemudiannya bercakap. Sebelum membangunkan kemahiran berbicara yang baik, anda perlulah menjadi pendengar yang baik. 

#3 Tunjukkan minat.

Tunjukkan minat apabila seseorang sedang bercakap dengan anda. Jangan sesekali melihat ke arah lain kerana ianya bertentangan dengan etika komunikasi. Tunjukkan minat anda di dalam topic perbualan akan membantu anda meningkatkan kemahiran mendengar anda.

#4 Adakan hubungan mata.

Apabila anda berbual, pastikan mata anda melihat mata atau wajah rakan anda. Ini membantu meningkatkan tahap keyakinan anda ketika bercakap. Senyum ketika bercakap. Ini akan membantu menjadikan perbualan anda menjadi lebih selesa. Apabila anda selesa, perbualan akan menjadi lebih mudah.

#5 Tanyakan soalan.

Perbualan yang baik tidak bergantung kepada seorang individu sahaja. Adalah penting untuk kerap bertanyakan soalan selepas setiap topic yang dituturkan. Ini juga membantu untuk menunjukkan minat di dalam perbualan anda.

#6 Bersikap positif.

Sentiasa bersikap positif ketika bercakap dengan seseorang. Jangan sesekali bersikap sombong. Jika anda optimis di dalam perbualan, ianya akan menjadi lebih menarik.

#7 Berikan pujian.

Beri pujian ketika bercakap. Ianya mungkin pujian pada gaya rambut, pakaian ataupun aksesori yang ada. Ini juga mampu mewujudkan suasana yang menarik di dalam perbualan anda.

#8 Sertai “public speaking”

Jika anda merasakan kemahiran berbual anda pada tahap yang rendah, cuba sertai kumpulan “public speaking”. Dalam masa yang singkat, anda akan mempelajari seni komunikasi. Ia juga akan meningkatkan keyakinan anda kepada tahap yang lebih tinggi.

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam singgah dr nieyl =)
    Kebanyakan tips di atas...sentiasa di gunakan =)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email