Review blog secara percuma. - ceritaejoy

Review blog secara percuma.

9:54 PG


Review blog secara percuma|Semalam blog ceritaejoy telah direview oleh faraah-hanim dari Bungalovexx. Sebenarnya dah lama blog ceritaejoy ini tidak direview oleh sesiapa. Terasa juga nak tahu, bagaimana pandangan orang lain kepada blog kecil ini. Alhamdulilah ada yang sudi nak jengak dan berikan pandangan mereka.

Berikut adalah review ringkas tetapi punya maknanya yang tersendiri daripada faraah-hanim:


Blog yang kedua ni pulak milik seorang jejaka yang dikenali sebagai Ejoy. Antara blogger yang mengutarakan isu2 semasa dengan menggunakan penulisan yang sangat hebat susunkatanya. Memang semua entri ditulis dengan ayat2 yang sangat tersusun, profesional, formal dan teratur. Entry2 yang menengahkan isu2 semasa, tips2 menjadi penulis yang baik dan pelbagai lagi tips2 berguna yang korang semua boleh baca dan pelajari. Serius tak rugi kalau klik blog Cerita Ejoy ni. Design blog pulak yang sangat kemas dan simple buatkan korang rasa tenang nak baca setiap entry dia yang menarik tu. Jangan lupa klik ya? 

Terima kasih sekali lagi kepada pemilik blog bungalovexx. Kepada mereka yang membacanya entry ini, silalah terbang ke blog beliau ya. Mana tahu boleh belajar cakap russia. Hehehe. Russia? Hmm, Apa yang menarik di sana ya? Pasti seronok menetap di luar negara kan? Hehehe

Baik. Selepas daripada baca review blog secara percuma semalam, terdetik dekat hati aku. Kenapa aku masih mengharapkan orang review blog aku? Kenapa tidak aku yang review blog orang, kan? Betul tak? Dulunya, aku selalu terfikir, aku siapa mahu review blog orang lain? Aku sendiri masih tercari-cari identiti blog ceritaejoy ini. Tetapi itu dulu, sekarang semuanya dah berubah.

Kenapa? Sebabnya, siapa pun anda, anda punya hak untuk menilai orang lain. Dalam bentuk yang positif. Review blog rakan lain pada aku, bermaksud, bagaimana mata anda melihat blog rakan-rakan yang lain. Jika di tanya pada aku, template adalah perkara paling utama pada mata aku. Aku gemarkan template yang simple dan menggunakan warna yang tidak menyakitkan mata. Ada beberapa blog rakan-rakan blogger malaysia yang menggunakan template seperti ini, yang membuatkan aku kerap berkunjung ke blog mereka.

Jadi, atas alasan itu, aku pun terasa nak buat review blog secara percuma. Aku tahu, kadang-kadang pandangan yang sedikit, mampu memberikan impak yang besar kepada pemiliknya. Aku berterima kasih pada rakan-rakan yang berkunjung ke blog ceritaejoy. Pastinya akan aku balas kunjungan anda. Dan pada rakan-rakan yang baru, kalau dapat, bolehlah tinggalkan url blog kalian, supaya aku boleh membalas kunjungan kalian sekaligus dapat mengekalkan hubungan sesama blogger ni.

Hmm, aku sebenarnya, masih memikirkan, di mana boleh aku mulakan review blog secara percuma ini. Mungkin dengan mereka yang rajin tinggalkan komen di blog ceritaejoy? Atau mungkin mereka yang berada di dalam bloglist blog ceritaejoy? Hmm, rasanya mana-mana pun ok kan? Yang penting kita ikhlas. Kan? InsyaAllah. Semoga di permudahkan.

You Might Also Like

10 comments

  1. Tahniah ejoy, seronok juga kan ble blog kita diriview.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, seronok. Sebab dapat tahu pandangan orang lain dekat blog kita. Hehehe.

      Padam
  2. ejoy buat la segmen ni. #sapotejoy

    BalasPadam
    Balasan
    1. segmen? Erks. takut sebenarnya kalau tak mendapat sambutan. Hehehe

      Padam
    2. sapot jugak.. segmen review... hehe

      Padam
  3. Ejoy!!! Hahaha. Thanks sebab mention nama kita. Feeling honourable gitu. Sama la fara pun takut2 jugak nak buat segmen ke apa sebenarnye, tapi lantak kan aja perasaan tu yang penting kita rasa puas dapat buat nya. Psssss... jangan lupa invite klo nak buat segmen tu. Ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. erks. Nak juga sebenar buat segmen, tapi nak cari rakan-rakan dulu. Ajak ramai-ramai. Hehehehe

      Padam
  4. saya datang sini melalui bungalovexx.blogspot.com..

    BalasPadam
  5. abg ejoy review lah blog saya hehe

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email