Punca sebenar TS muhyiddin yassin di panggil istana johor - ceritaejoy

Punca sebenar TS muhyiddin yassin di panggil istana johor

9:44 PG

Punca sebenar TS muhyiddin yassin di panggil istana johor|JOHOR BAHARU – Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Kenderaan membawa Timbalan Presiden UMNO itu dipercayai tiba di istana berkenaan kira-kira 3.30 petang tidak menerusi pintu masuk biasa, namun, kemudian dilihat beredar keluar membawa pemimpin berkenaan menerusi pintu masuk utama, kira-kira 4.35 petang.

Muhyiddin yang diiringi isterinya Puan Sri Norainee Abd Rahman dilihat tersenyum dan sempat melambai tangan kepada media yang menunggu di pintu utama istana itu sejak 2 petang.

Turut kelihatan keluar dari istana itu sejurus kemudian ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail.
Difahamkan, pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Difahamkan, Muhyiddin, yang juga bekas Menteri Besar Johor, diundang mengadap Sultan Ibrahim, namun, tidak diketahui kandungan pertemuan tersebut.

Wakil-wakil media yang menunggu di luar kawasan istana tidak dapat menghubungi pihak-pihak berkenaan.

Pada sebelah pagi, Muhyiddin, Anggota Parlimen Pagoh, berada di Kluang bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan. – BERNAMA

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email