Masih belum berpuas hati. - ceritaejoy

Masih belum berpuas hati.

4:29 PTG

Masih belum berpuas hati|Sejujurnya aku masih belum berpuas hati dengan rupa blog ceritaejoy ni. Entah berapa kali dah aku tukar template, bila terlalu lama menggunakannya, aku jadi bosan dan mula mencari template baru. Benar, ada terlalu banyak template percuma tetapi tiada 1 pun yang berkenan di hati. Nampak tak lecehnya diri seorang lelaki bernama haffizul iskandar ini? Hehehe.

Jujur juga aku katakan, aku mudah bosan dengan sesuatu, jika ianya dilakukan dalam tempoh masa yang agak lama. Tetapi bila aku pandang balik, aku tidaklah terlalu lama di dalam dunia blog ni, orang cakap setahun jagung la *kenapa mesti jagung ek?* Tetapi dah beberapa kali tukar template, belum ada lagi yang benar-benar memuaskan hati aku. Masih belum berpuas hati.

Yang menjadikan ianya lebih complicated pada aku adalah, bilamana aku jumpa 1 template yang aku suka, dan kemudiannya aku masukkan di dalam blog ceritaejoy ini, dan bila aku nak ubah susun atur, ianya tidak kena dengan "jiwa" aku.  Itu yang membuatkan aku masih belum berpuas hati. Yelah, dah jumpa, tak boleh nak adjust pula. Hish! Tension sungguh!

Mungkin aku perlu terus mencari dan mencari. Orang cakap, kalau kita terus berusaha, kita akan berjumpa dengan kejayaan. Kejayaan pada aku adalah, bila aku jumpa dengan template yang benar-benar sesuai dengan blog ceritaejoy ni. Atau ada kawan-kawan yang bermurah hati ingin kongsikan template yang menarik? Hehehe. Mana tahu kan?

You Might Also Like

4 comments

  1. rajinnya ejoy tukar2 template ni, kak ana belum lagi berani nak usik2 hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajin juga tukar. ada yang menjadi, ada yang tidak. Yang tak menjadi tu yang boleh buat tension tu. Hish.

      Padam
  2. hahaha..nanati lama-lam kenla tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kena sentiasa mencari dan mencari. terima kasih ya!

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email