Kisah beruk yang di baling mercun bola - ceritaejoy

Kisah beruk yang di baling mercun bola

10:15 PG


Kisah beruk yang di baling mercun bola. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu mengenai kisah beruk yang hancur tangannya kerana menyangkakan mercun bola itu adalah makanan. Apa tahunya seekor haiwan? Kenapa perlu di lakukan perkara sedemikian kepada haiwan? Apa salahnya haiwan itu kepada perilaku tersebut? Allahurabbi.

Jika tiada makanan yang mahu diberikan, tak usah menganggu haiwan tersebut. Mereka tidak punya akal! Kita manusia diberikan akal. Hargainya sebaik mungkin, atau akal yang diberikan langsung tidak berfungsi. Manusia yang hancur tangannya, apa rasanya? Jika beruk itu mampu berkata-kata, pasti akan di suarakan, kenapa dilakukan dia sebegitu rupa. Dia Cuma meminta makanan, bukan minta makanan berharga puluhan ringgit pun, pisang dekat pasar yang berharga RM3 pun dah cukup. Allahurabbi.

Melalui cerita yang aku baca tadi, beruk tu dah mati akibat pendarahan yang teruk. Allahurabbi. Ingat, kita menganiaya haiwan juga akan dihisab kelak. Jangan sampai waktunya nanti, Allah lakukan si perilaku sebagaimana beliau lakukan pada haiwan tersebut. Haiwan juga makhluk Allah! Allahurabbi. Sedih aku tengok gambar beruk tu. Nampak dia sedang menanggung sakit yang kuat. Di manalah sifat simpati yang ada di dalam diri manusia. Allahurabbi.


Kalau rasa dah tak mampu nak beri makan, tak perlulah menganggu atau lebih teruk menganiaya haiwan tersebut. Biarlah dia hidup dengan aman. Dia tak minta banyak pun, kita berikan cebisan makanan kita pun dah memadai *lebih elok berilah yang sempurna*. Mereka juga punya hak untuk hidup di bumi Allah.  Mereka juga makhluk Allah. Aku doakan si perilaku di beri rahmat dan kesedaran oleh yang maha esa. InsyaAllah. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedihnya.. Dia sakit tapi tak mampu untuk dituturkan. Kita yang meihat mampu memahami dari raut wajah dia..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email