Berita penculikan di melaka palsu? - ceritaejoy

Berita penculikan di melaka palsu?

2:18 PTG

kes culik di melaka


Kes penculikan kanak-kanak. Viral baru-baru ini, tentang kes penculikan di pengkalan, alor gajah melaka. Penuh rakaman suara dalam group whatapps. Mengenai sebuah kereta iswara, yang melarikan seorang kanak-kanak. Fuh, pengkalan dengan rumah aku tak jauh mana pun. Sekankang kera je jaraknya. Bila aku dengarkan rakaman suara tu pada wife aku, terus dia peluk anak-anak.

Yelah, misteri van putih yang menculik pun tak habis lagi. Ni ada lagi kes penculikan. Kalau sebelum ini, kes ini banyak terjadi di kawasan berdekatan negara jiran kita, tetapi sekarang, macam kerap dengar berlaku di melaka. Oh my! Dekat pula dengan kawasan rumah aku. Hish!

Sekarang ni, wife dah takut-takut nak bawa anak keluar. Kalau aku takda kat rumah, memang confirmlah dia tak keluar. Dengan semua tingkap tertutup! Fuh. 1 Situasi yang pastinya membuatkan anak-anak aku memberontak. Yelah, gelap je rumah. Angin pun tak masuk. Orang tua pun bosan, inikan budak-budak kecik, kan?

Semalam, dalam surat kabar, polis melaka mengesahkan kes penculikan di melaka ini adalah palsu. Baca petikan di bawah:

Melaka: Polis Melaka sedang melakukan siasatan bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu dikaitkan dengan penculikan murid sekolah di Pengkalan Alor Gajah dan Melaka Tengah yang viral di laman sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengesan penyebar maklumat palsu itu.

"Gambar individu yang viral dan dikaitan dengan kes culik itu sebenarnya gambar lama membabitkan suspek jenayah pecah rumah tahun lalu.


"Ada antara suspek berkenaan sudah dikenakan tindakan di mahkamah dan bukan suspek melakukan penculikan didakwa berlaku," katanya.

Beliau meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat itu kerana ia hanya menimbulkan susana cemas dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Kami menafikan kes culik dimaksudkan tetapi jika ia benar-benar berlaku laporkan pada polis untuk siasatan.

"Berdasarkan maklumat awal diterima kami susah menjalankan siasatan untuk mengesan individu yang menyebar maklumat itu," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komumikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Harian metro.

Yang menjadi kebingungan dan kebimbangan dan ker,ker lagi. Kenapa kawan-kawan aku cakap benda ini betul. Pelik jugak. Kata mereka benda ni memang berlaku. Tetapi kalau polis melaka dah cakap palsu, macamana pulak kan? Mana satu yang nak percaya ni? Polis atau orang awam?

Aku sebenarnya tak kisah yang mana satu betul. Yang aku kisahkan dan pentingkan adalah anak-anak aku. Aku dan wife perlu lebih menjaga keselamatan anak kami. Tak kisah la apa pun. Anak-anak bukan boleh di beli pakai duit. Ini anugerah. Manusia yang menculik dan menjual kanak-kanak ini dah pasti takda anak. Sebab tu mereka tiada perasaan. Tapi, Allah maha besar, pasti ada balasan yang lebih teruk pada mereka ini. 

You Might Also Like

3 comments

  1. tukar jenis kenderaan pulak ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti..tapi katanya guna kereta iswara..

      Padam
  2. tukar jenis kenderaan la tu kan...nak buat duit cara senang je diaorang ni ( asap keluar kot hidung pulak)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email