Kebaikan berjalan 10000 langkah. - ceritaejoy

Kebaikan berjalan 10000 langkah.

11:46 PG


Kebaikan berjalan 10000 langkah. Siapa yang pernah buat atau selalu buat? Angkat tangan. Yes, anda hebat. hehehe. Aku peruntukkan 1 kali seminggu sahaja untuk aktiviti ini, iaitu pada hari ahad petang. Inilah sahaja waktu yang aku ada untuk beriadah bersama keluarga. Dan lokasi yang menjadi pilihan adalah di bukit serindit melaka.

Baik, kenapa memilih untuk berjalan kaki? Ini adalah kerana ianya adalah aktiviti 2 dalam 1. Dalam pada berjalan kaki, keluarga boleh menghirup udara segar dan melihat pemandangan hijau yang pastinya menenangkan fikiran. Ia juga 1 terapi semulajadi! Anak-anak masih kecil, nak ajak jogging, tak boleh, jadi kita bawa mereka berjalan kaki. Kalau boleh cukupkan 10000 langkah sehari, lagi bagus.

Apakah kebaikan berjalan kaki? Mungkin ramai yang memandang remeh perkara ini. Ini adalah kerana ia tidaklah seperti sukan berat lain seperti jogging, bermain bola, atau apa-apa aktiviti sukan lain. Baik. Berjalan kaki juga adalah 1 aktiviti sihat dan boleh membakar kalori dalam badan. Ya, bakar kalori. Ini yang ramai yang tak tahu.

Jika kita mengamalkan aktiviti berjalan kaki dalam banyak perkara, kita bakal memperolehi manfaat seperti ini: 

- Menyihatkan jantung. Jantung sihat badan pun cergas.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah penyakit darah tinggi.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetis. Dengan berjalan kaki, kita mampu meningkatkan keupayaan badan dalam memproses gula dengan baik dan membantu melancarkan perjalanan darah.
- Membentuk tubuh badan yang cantik. Ya, hanya dengan berjalan kaki, anda boleh memperoleh bentuk badan idaman anda.
- Menguatkan otot badan anda.

Serta banyak lagi kelebihan berjalan kaki. Badan sihat otak pun cergas. Jika tidak di kawasan reakreasi, kita boleh mengamalkan berjalan kaki di pejabat. Kurangkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga. Juga ke sesuatu lokasi yang berdekataan, kurangkan penggunaan kereta dan cuba untuk berjalan kaki. 

Kesihatan adalah perkara yang paling utama dari segalanya. Ini adalah kerana, bila penyakit menjelma, segala yang kita ada sekarang akan musnah begitu sahaja, oleh yang demikian, jagalah kesihatan sewaktu kita sedang sihat. Dan salah satunya adalah, berjalan kaki 10000 langkah sehari. ya!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email