Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi. - ceritaejoy

Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi.

3:46 PTG


Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi. Minuman detox. Sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang mengamalkan minuman detox. Ia adalah cara semulajadi membuang lemak di dalam badan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding pelbagai produk pengurusan badan di pasaran. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu detox, ia adalah merupakan satu proses pembersihan tubuh dari kotoran dan racun yang terdapat di dalam makanan harian kita.

Kaum lelaki juga tidak ketinggalan di dalam mengamalkan minuman detox. Ia bertujuan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut *kebiasaan berlaku selepas perkahwinan* . Juga lemak pada bahagian anggota yang lain. Minuman detox juga sangat mudah di sediakan.

Antara kebaikan mengamalkan minuman detox.

- Mencuci bahagian dalaman (perut & usus)
- Menurunkan berat badan.
- Mengempiskan perut.
- Membuang toksin dalam badan.

Baik. Apakah bahan untuk membuat minuman detox ini? Ia adalah terdiri daripada buah limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, pear dan lain-lain (Yang mampu membantu proses detox). *Aku lebih gemarkan lemon*

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghiris buahan tadi. Sebagai contoh, aku gemarkan buah lemon, jadi hiris lemon nipis-nipis.

Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang. Masukkan air ke dalam balang dan tutup. Simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh diminum.


Minuman detox ini lebih bagus di minum pada awal pagi. Tetapi harus di ingatkan anda berkemungkinan kerap ke tandas selepas mengamalkan minuman ini. Tujuannya pun adalah untuk membuang kotoran di dalam badan. Semoga ianya tidak menganggu tugasan harian anda. Selamat mencuba!

You Might Also Like

6 comments

  1. Akak pernah buat yg lemon tu..ada sikit rasa pahit ..tapi bagus ebenarnya utk diamalkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang cakap, yang pahit itu la ubat. hehehehe

      Padam
  2. Wah menarik ni ejoy..kena hapuskan laa lemak2 degil hehe barula sihat kan ...Guna kaedah semulajadi lg best tak gtu ejoy

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email