Bila kali terakhir anda menonton wayang? - ceritaejoy

Bila kali terakhir anda menonton wayang?

3:00 PTG


Bila kali terakhir anda menonton wayang?. Kalau di tanya pada aku, mudah je aku jawab, sewaktu isteri aku mengandung 6 bulan anak pertama. Sekarang anak sulung aku nak masuk 3 tahun. Dan dah ada adik dah pun. Ini bermakna, dah hampir 3 tahun aku tak tengok wayang. Wahahahha.

Apa ya filem terbaru 2015? Teringin juga nak menonton wayang dengan wife. Sama macam waktu bercinta dulu. Feel tengok wayang ni tak sama dengan feel tengok tv dekat rumah *walaupun rumah aku pakai tv 84 inci* hahahahha. Nampak menipunya kan? Lagi pulak kalau nonton filem seram. Fuh. Berdentam-dentum dalam wayang. Itu belum kira suara extra penonton. Kadang tu jadi tak seram pulak.Yelah suara penonton yang melebih-lebih.



Aku kalau tengok wayang. Aku suka tengok filem melayu terbaru *ada yang lama ke? Hehehe*. Tapi maklumlah, filem melayu ni tak banyak yang menarik perhatian aku. Filem berbentuk aksi dan kereta sering mendapat tempat dalam jiwa aku. Wife aku cuma ikut je apa yang aku nak tengok. Sebabnya, dia tak kisah pun. Memang la tak kisah, Aku teringat waktu nonton filem apa tah. Dia boleh syok tidur kat sebelah. Erks. Boleh ek tidur dalam wayang. Selesa ke? Ish.

Ingat, nak ambil 1 hari untuk aku dengan wife la. Khas untuk kami berdua. Menonton wayang, minum, jalan-jalan. 1 hari cukuplah. Dapatlah kami rilekkan minda dan tubuh kami. Siapa cakap jaga anak tak penat? Penat ooo, tapi ini amanah. Kenalah jaga betul-betul kan? Bukan kami nak mengeluh tau. Tidak sama sekali. Cuma nak ambil sedikit masa sahaja. Terapi tubuh dan minda. Ye idok? Hehehe.

You Might Also Like

8 comments

  1. ceh wah..... dating moment gitu dgn wife kan.... harus le romantis.... akan sampai masa berdua itu menonton dan dating bersama wife.... kali terakhir tonton filem rasanya awal thn filem seram itu pun sebab terpaksa collect data klu x haram nk tgk filem wlpun duk mengaji psl filem.... huhu... teringin la nak dating berdua ngn en husband tgk wayang,,,,, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. collect data? Uish. Saya tak suka citer seram. Tapi wife suka. hehehe

      Padam
  2. last tengok wayang 2 tahun lepas. tengok kartun 3d. tajuk ape entah lupa da. hehe..

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya lupa filem terakhir yang saya tonton. Hehehe. Terima kasih ya sudi singgah.

      Padam
  3. tengok citer romantik la bro. jangan bawak wife tgk citer ganas2 lak... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi wife ok je. Dia lagi suka tengok citer ganas. Hahahaha

      Padam
  4. Slm kenal...singgah Blogwalking dr segmen http://www.maisarahsidi.com/2015/08/blog-bertuah-31-ogos-2015.html
    Kali terakhir beberapa bulan Jun..tgk movie Jurassic World..sjrg kena relax sampai ank hbis upsr :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. upsr baru nak mula kan? Hehehe, maaf tak tahu. Apa pun, terima kasih ya sudi singgah. :)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email