10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2) - ceritaejoy

10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2)

9:11 PG


10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2). Baiklah, ini adalah sambungan dari bahagian 1. Jika anda belum membacanya, boleh baca di SINI. Apa yang aku boleh rumuskan dari bahagian 1 adalah, anda perlu betul-betul faham, apakah tujuan utama blog anda dibina. Apakah tarikan utama pembaca untuk ke blog anda. Dan apakah kebaikan yang anda boleh beri dan bakal pembaca anda terima. Selepas anda betul-betul faham, maka anda benar-benar jelas dengan tujuan anda mempunyai blog sekaligus menjadi blogger terbaik.

Baik. Cukup tentang itu,mari lanjutkan bacaan 10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 2)

6. Sentiasa hadir dengan idea-idea baru.

Langkah pertama di dalam mencapai kejayaan adalah, anda sentiasa tampil dengan idea baru dan bernas. Berikan tumpuan dengan menghasilkan idea baru. Jangan kongsikan apa yang telah di kongsikan oleh orang lain. Anda perlu menjadi unik!

7. Menjadi pakar.

Bila anda bercerita mengenai sesuatu perkara di dalam blog, sebagai contohnya kesihatan. Anda mestilah menjadi seorang yang pakar di dalam bidang kesihatan. Anda mestilah tunjukkan kepada pembaca anda yang anda sememangnya mempunyai banyak ilmu mengenai perkara yang anda bincangkan atau bangkitkan di dalam blog anda.

8. Mengikut peredaran zaman.

Anda perlu memberi perhatian bukan sahaja kepada penulisan tetapi pada tema dan font blog anda. Blog anda perlulah mesra dengan semua usia pembaca. Sentiasa belajar dengan kehendak semasa. Warna juga memainkan peranan yang penting. Sentiasa update tema blog terkini.

9. Jangan lupa pada pemasaran anda.

Pemasaran blog juga memainkan peranan yang penting di dalam menarik pembaca baru ke blog anda. Ini adalah kerana pembaca baru tidak akan tahu mengenai blog anda jika anda tidak memberitahu kepada mereka. Disini pentingnya pemasaran blog. 

Apa yang anda boleh lakukan adalah, memberikan sesuatu benda atau hadiah secara percuma . Dari situ cuba untuk dapatkan email mereka dan berikan mereka update terkini blog anda. 

10. Bina pasukan.

Wujudkan rangkaian rakan-rakan blogger. Jangan takut untuk perkenalkan diri anda pada blogger lain. Mereka mungkin tidak benar-benar mengenali anda. Jadi ambil peluang untuk berjumpa atau berbual mengenai diri anda kepada blogger lain.

Baik. Selesailah sudah 10 Langkah menjadi blogger terbaik. Selepas dari bacaan ini apa yang anda faham? Cuba senaraikan apa yang perlu dilakukan dan mula melakukan perubahan. Sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang anda ingin dan sentiasa jelas dengan jalan anda di dalam dunia blogging. Perlu sentiasa tahu kehendak pembaca dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog ceritaejoy dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. terima kasih.

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam Sayang...
    nieyl singgah pagi kat sini...
    Terima kasih sebab selalu kongsi tips² yg terbaik...
    untuk dikongsikan bersama =)

    BalasPadam
  2. Tips-tips yang menarik untuk diaplikasikan..setuju bab jadi pakar ttg niche/skop blog & penulisan berilmu tu mmg sgt penting..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email