Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong. - ceritaejoy

Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong.

10:15 PG


Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong|Aku bukanlah seorang yang kerap travel atau melancong tetapi aku berhadapan dengan perkara ini sewaktu di hantar bekerja di luar negara minggu lepas. Ianya benar-benar memberi aku pengalaman dan pengajaran yang baru untuk aku dan ingin juga aku kongsikan bersama rakan-rakan semua.

Baik. Apa yang sebenarnya berlaku kepada aku? Kenapa aku ingin kongsikan Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong? Mari aku kongsikan pengalaman aku berhadapan dengan situasi ini.

Apabila kita memilih untuk travel atau melancong menggunakan kapal terbang. Kita pasti akan membawa beg semacam gambar di atas *kebanyakkan orang akan menggunakan beg ini*. Beg ini tidak boleh di bawa masuk ke dalam kapal terbang. Ia haruslah di tinggalkan sewaktu pendaftaran anda untuk memasuki zon berlepas.

Ini bermakna beg ini akan di masukkan ke ruang kargo *yeker ruang kargo? Hahaha*. Apabila selamat mendarat, anda perlu menunggu di ruang luggage collection untuk mengambil beg anda. Ya! Disinilah segala-galanya bermula. Diruang ini ada bermacam-macam beg, dan bukan 1 atau 2, tapi terlalu banyak beg.



Luggage collection at airport.

Apa yang terjadi kepada aku adalah, aku lupa yang mana satu beg aku! Argh! Semua sama sahaja. Dan aku mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenal pasti yang mana satu beg aku. Arghh! Tension sungguh! Bila aku mengambil terlalu banyak masa, terpaksalah aku angkat satu demi satu beg untuk pastikan adakah itu beg aku atau bukan. Banyak jugaklah beg yang aku angkat. 

Disini aku belajar 1 perkara. Dan disini jugalah aku ingin kongsikan Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong korang supaya korang tidak mengambil masa yang lama seperti aku ketika mengambil beg di ruangan luggage collection. *huhuhuhu*

Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong.

1. Pilih warna yang lain seperti kebiasaan. Ramai orang suka memilih warna hitam atau biru gelap. Jadi anda mungkin boleh memilih warna merah, oren, kuning atau sebagainya. Disini akan memudahkan anda untuk mengenal pasti beg anda.

2. Ikat tali atau reben pada beg. Ini sudah pasti akan memudahkan anda untuk kenal pasti yang mana satu beg anda.

3. Tulis nama pada beg. Ini juga akan memudahkan anda ketika mengambil beg di luggage collection.

Ok. Itu sahaja yang aku fikirkan mampu dan akan memudahkan korang mengenal pasti beg korang dengan mudah. Dari jauh dah nampak beg korang. Ini juga akan "memendekkan" masa korang ketika berada di luggage collection. Dan yang paling penting, tak perlu nak angkat beg orang lain. Hahahaha.

You Might Also Like

4 comments

  1. yup btl ...kalau ltakkan tag kt beg msti senang sikit nak cam mana satu bag kita..rasanya..itulah cara trbaik ..huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, itulah. Rasa tension gila sebab tak kenal beg sendiri. Hahaha. Pasni nak buat nama besar-besar, lepas tu letak dekat beg. Wahahahaha

      Padam
  2. memang kita harus bijak dalam memilih beg, jika asal pilih kita akan kesulitan saat di perjalanan.
    nice post, sangat membantu, trima kasih sudah berkongsi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama..terima kasih ya sudi singgah ke blog ceritaejoy..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email