Punca ibu jari tangan kiri sakit disebabkan sihir? - ceritaejoy

Punca ibu jari tangan kiri sakit disebabkan sihir?

9:05 PG

Punca ibu jari tangan kiri sakit|Selepas pulang sahaja beraya dari kampung nun jauh di utara, terus ibu jari tangan sebelah kiri aku sakit. Nak gengam tangan pun susah. Nak pegang barang pun tak kuat. Entah kenapa pun aku sendiri tak pasti.

Bila aku tanya dengan pakcik google, Tiada yang specific menceritakan hal sebenarnya. Tetapi dari kesimpulan yang boleh aku simpulkan, ianya mungkin berpunca daripada masalah usus. Hmm. Mungkin ada benarnya, dan aku sememangnya merasakan aku sedang mengalami masalah usus. Tapi apakah benar ini adalah punca ibu jari tangan kiri sakit?

Bila aku ceritakan hal ni pada wife aku, seperti biasalah, dia akan urut pada bahagian sakit tu. Tetapi selepas sahaja wife aku urut, dia pula yang sakit. Aiks. Dah kenapa boleh jadi macam tu kan? Wife aku pulak, pemikirannya lebih ke arah cerita-cerita dalam filem. Soalan dia mudah je pada aku. Hmm, ada orang sakit hati ke? Dan buat perkara yang elok? Sebab apa dia cakap macam tu, yelah, kenapa dia urut, dia pula yang sakit. Adakah ini Punca ibu jari tangan kiri sakit?

Bila aku cuba gali dan gali, tak berjumpa pula dengan hal yang wife aku cakapkan tu. Maksudnya bukanlah kan? Ke betul? Erks. Untuk waktu sekarang, aku lebih selesa merasakan Punca ibu jari tangan kiri sakit adalah disebabkan masalah usus. Sebabnya, aku memang sekarang ni mengalami sedikit masalah usus. Ataupun rakan rakan semua ada jawapannya?

You Might Also Like

3 comments

  1. hahaha...rasa nak ketawa.Macam sama kes dengan saya je.Malam raya pertama tu saya pulang ke Jengka dari kuala lipis.Dalam kereta tu jari kanan saya ni rasa lain macam je.Tapi tak ada pula terkena atau tercucuk apa-apa.

    Pagi esoknya jari saya dah bengkak dan berdenyut-denyut.Letak minyak ajelah jawabnya...Lepas tiga hari baru nampak nak susut bengkaknya.

    Agaknya gout ke yang serang sendi jari sampai jari saya bengkak?Tapi suami saya kata, awak main whatsapp lebih sangat tu...hihi, malangnya saya guna phone dengan jadi telunjuk,bukan ibu jari macam orang lain.

    Agaknya kenapa jari bengkak kan?Abaikan ajelah...dah masuk dua minggu masih rasa kebas.Tapi anggap aje dah sembuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha. Kita sama. Arghhh. kenapa ek? Susah betul nak menaip dengan jari yang sakit ni. Nak pegang barang apatah lagi kan? Hurm. Hurm.

      Padam
  2. Tak boleh nak ckp apa punca sbb akK pon tk penah alami..kena jumpa dr laaa ejoy utk tahu jawapan..moga cpt sembuh

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email