Cuti raya aidilfitri semakin dekat, jalan dah mula sesak! - ceritaejoy

Cuti raya aidilfitri semakin dekat, jalan dah mula sesak!

5:27 PTG

Cuti raya aidilfitri semakin dekat, jalan dah mula sesak!|Orang ramai dah mula berpusu-pusu mencari barang keperluan untuk hari raya aidilfitri 2015 ini. Baju raya, seluar raya, kasut raya, kuih raya, ha, apa lagi raya, semualah. Bila semua orang dah mula keluar, secara automatiknya, jalan raya akan menjadi sangat sesak.

Untuk kawasan negeri melaka sahaja, sekatan jalan raya dari pihak berkuasa dah mula dijalankan. Hampir setiap jalan-jalan utama dijalankan sekatan jalan raya. Ini pada aku menambahkan lagi kesesakkan jalan raya, tetapi sebenarnya sangat berguna di dalam mencari pesalah trafik. 

Manakan tidak, boleh dikatakan perjalanan aku dari telok mas ke alor gajah, ada lebih daripada 4 atau 5 kemalangan jalan raya. Yang aku sendiri tak pasti kondisi mangsa macamana. Kebiasaannya aku akan berhenti tengok, tapi disebabkan anak aku masih kecil, terpaksalah aku teruskan sahaja perjalanan aku.Hmm.

Fokus kepada keadaan sekeliling amat penting ketika musim perayaan ni. Kena bagi 200% tumpuan pada jalan raya. Kadang tu, kita ni pandu elok-elok je, cermat je, tapi ada rakan-rakan pemandu atau penunggang lain *yang mungkin sedikit cuai* menyebabkan perkara yang tidak kita ingini berlaku.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, hari raya aidilfitri akan menjelma. Dan beberapa hari inilah akan menunjukkan peningkatan kenderaan yang sangat mendadak. Sentiasalah berhati-hati di atas jalan raya ya. Jangan esok beli baju cantik-cantik tapi tak boleh pakai sebab kena pakai baju hijau. ye.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email