Bercuti lagi dari berblogging. - ceritaejoy

Bercuti lagi dari berblogging.

2:15 PTG

Bercuti lagi dari berblogging|Blog tak berupdate. Confirm. Waktu aku di luar negara hujung bulan june, blog aku semacam terbiar dan tidak berupdate. Ini, cuti raya yang bakal menjelma, dah pasti tak berupdate lagi. Adoii. Seminggu jugalah diamnya nanti blog ceritaejoy ni.

Tak seperti kebiasaannya bila cuti raya, cuti tahun inilah yang aku rasakan paling pendek. 7 hari ataupun seminggu. Kalau sebelum ni, cuti raya pasti lebih panjang. Lebih seronok! Hmm. Apa pun, tahun ni berkesempatan untuk beraya di kampung nun jauh di utara. Fuh!

Orang cakap, barulah rasa kenikmatan beraya. Hahahaha. Yang buatkan aku seronok adalah, aku jarang balik dan inilah masanya untuk aku bercuti puas-puas. Yang kurang seronoknya adalah,penat! Wah! Jauh tu nak memandu, kena pula time cuti raya ni. Confirm lebuh raya jammed! Adoi.

Apa pun, selamat bercuti kepada semua blogger malaysia. Berhati-hati di jalan raya. Pandulah dengan cermat. Jangan laju-laju. Ingatlah orang yang tersayang. hehehehe. :)

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email