Anak jatuh katil! - ceritaejoy

Anak jatuh katil!

12:13 PTG

Anak jatuh katil!|Ha,anak aku yang kedua jatuh katil malam tadi. Uish. Aku macam pelik. Macamana dia boleh jatuh, meniarap pun tak tahu lagi. Umur baru nak masuk 3 bulan. Aku tersedar sebab wife aku bising-bising suruh bangun buka lampu bilik. Orang kalau dah tertidur, kemudian di paksa bangun, memang pening kepala di buatnya kan. Aku bangun terus buka lampu. Tengok anak aku yang kecil ni dah menangis. Huh! Macamana anak aku boleh jatuh katil ni?

Lama jugalah dia menangis. Lepas wife dah peluk dan pujuk, barulah anak aku ni sambung balik tidur. Alhamdulilah wife aku ada dekat bawah. Kalau tidak, mesti anak aku jatuh atas lantai. Lagi parah di buatnya nanti. Lepas dah ada 2 orang anak ni, memang wife aku memilih untuk tidur di bawah *ada tilam single ya* sebagai persedian kes seperti anak jatuh katil ni, dan malam tadi betul-betul dia jatuh.


Sebenarnya, aku masih tercari-cari apakah punca terjadinya kes semacam ini. Mengikut rujukan dan pemantauan semasa, berikutan daripada laporan wife aku, anak kami mungkin dalam proses pembelajaran meniarap yang mana mengakibatkan beliau jatuh katil. Tetapi fakta kes menyatakan sebaliknya. Mengikut daripada kronologi yang aku buat berkaitan bagaimana anak boleh jatuh katil ni, tiada bukti-bukti yang mengukuhkan dakwaan wife aku ni. Hmm.

Bukti yang sangat kukuh adalah, waktu terjadinya anak jatuh katil ini adalah sekitar jam 0245. Waktu di mana anak-anak aku sedang nyenyak tidur. Ini sama sekali menidakkan dakwaan wife aku yang menyatakan anak kami dalam proses pembelajaran meniarap. Aku perlu mencari punca kepada pemasalahan ini.

Selepas bertungkus lumus, aku akhirnya mendapat jawapan dan bukti kes. Punca kepada terjadinya anak jatuh katil ini adalah, berlaku tolakan yang kuat dari pihak lain. Dan suspeknya adalah anak sulung kami. Yeah! Wahahahha. Memang tak lain tak bukan, anak sulung kami yang tolak. Takkan aku pulak kan? Mustahil. hehehe. Anak sulung aku rilek je tidur, walhal adik dia ni menangis sikit punya kuat lagi. Selamatlah wife ada dekat bawah. hish. Hehehe.

You Might Also Like

14 comments

  1. Singgah pagi..
    nasib baik wife ade kat bawah..
    next time kena lebih hati² ye... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah. selamat wife ada. Terima kasih ya sudi singgah. :)

      Padam
  2. ragam anak2, nasib baik tak jadi apa2 kann?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, itulah, risau juga kalau jadi apa-apa kan. Hehehe. Thanks ya singgah.

      Padam
  3. mcm pelik plak sy rasa biarkan anak kecik tido sblh2 abg dia..nape bb tu x tido dgn mamanya kat bwh?? hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, jawapannya, walaupun beliau masih kecil, letak sebelah ibu dia, tidur dia tak nyenyak. Kejap2 terjaga. Tapi tidur sebelah abang dia, nyenyak pula. Itu yang pelik tu. Kenapa ek? Hehehe

      Padam
  4. alahaii..nasib baik adekatil single..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, saya ada baca dalam banyak blog, kena standbykan satu tilam dekat bawah. Itu yang standby awal2 tu. Hehehe

      Padam
  5. Adoiii nasib baik wife ada kat bawah..Tapi csmne blh jatuh tu ejoy ..Baby 3 bulan br tak reti meniarap lagi camne tu..ke ejoy yg terjatuhkan baby masa tdo sbb tdo buas sgt hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish, sy tidur sopan tau. Senyap je. Hehehe

      Padam
  6. Wah header baru gtuuu..ada gambar lagi tuu..tahniah mkin berani hehe

    BalasPadam
  7. Anak saya baru masuk 4 bulan ni. Tengah saya memasak, tibe-tibe dengar die menangis lain macam. Rupenye dah tergolek dari kusyen besar yang die selalau tidur siang2. Dah start bergolek. Jatuh tertiarap. Nasib baik rendah je. >.< Tapi still rasa bersalah. Dukung peluk-peluk sambil cakap mak mintak maaf, mak tak jaga aneeq elok2. haaa sedih walaupun jatuh rendah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. tapi bukan saya, tapi wife. Kan baby menangis, lepas wife saya angkat dukung dia, wife pun sama-sama nangis. Huhuhuhu.

      Itulah yang ramai anak-anak tak tahu, bila dah besar, ada yang taknak dengar kata. Mereka tak tahu macamana ibubapa mereka besarkan mereka. Hmmm

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email