Syarat wajib dan sah puasa. - ceritaejoy

Syarat wajib dan sah puasa.

8:43 PG

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa|Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dengan bulan yang penuh dengan barakah dan bulan yang penuh dengan pahala yang berganda. Dan hari ini, adalah hari pertama puasa. Bila sebut je hari pertama, hampir kebanyakkan orang akan kelihatan mengantuk di awal pagi kerana bangun sahur. Al-maklumlah, mereka sebelum ini "jarang" bangun di awal pagi, cuma dalam bulan puasa ni, ada istimewa sedikit. :)

Baik. Bila sebut je puasa, apakah syarat wajib dan sah berpuasa? Atau tiada langsung syarat? Boleh sahaja puasa dengan apa sahaja keadaan. Sebenarnya ada. Di sini aku cuba kongsikan dalam blog ceritaejoy ini, apakah syarat-syarat itu. Jom belajar sama-sama ya.

Syarat wajib puasa:

1. Islam.

Yang pertama sekali mestilah beragama islam. Apa agama lain tidak boleh berpuasa ke? Boleh kalau mereka ingin turut sama berpuasa, cuma tidaklah wajib bagi mereka untuk berpuasa di bulan ramadan ini. Wajib bagi orang islam sahaja.

2. Baligh.

Akil baligh. Ya. Mestilah akil baligh. Bagi mereka yang tidak memahami apakah maksud akil baligh, bolehlah rujuk di sini : Akil baligh.

3. Berakal.

Apa maksud berakal? Ia bermaksud mereka yang mampu berfikir dengan baik. Macamana pula dengan orang gila? Mereka tidak mampu berfikir dengan baik. Ya! Tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa.

4. Sihat.

Keadaan diri bagi seseorang yang ingin berpuasa adalah mestilah sihat tubuh badan. Jika dengan berpuasa mampu memudaratkan diri mereka, maka tidak wajiblah bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, jika tubuh badan mereka kembali sihat, maka bolehlah digantikan puasa mereka itu. Islamkan indah.

5. Tidak bermusafir.

Musafir ini bermaksud mereka yang melakukan perjalanan yang jauh. Jarak perjalanan itu pula disebut dalam pelbagai bentuk. Ini aku kurang pasti, anda boleh tanyakan dengan guru agama atau ustaz yang berdekatan dengan anda ya. Yang pasti, jika anda tidak bermusafir, anda wajib berpuasa ya.

6. Suci (haid &nifas)

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Orang lelaki jangan ada yang sibuk nak mengata mereka ada perkara ini. Istimewanya orang perempuan adalah mereka akan mengalami perkara ini pada setiap bulan. Jadi, bila mereka mengalaminya, maka tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, mereka perlu juga mengantikan puasa mereka itu apabila mereka dalam keadaan yang bersih.

Ok, aku dah kongsikan apakah syarat wajib puasa, sekarang aku nak kongsikan pula apakah syarat sah berpuasa.

Syarat sah puasa:

1. Islam.

Jika ia beragama islam, maka sahlah puasa mereka, dan jika sebaliknya, maka tidak sah la puasa mereka itu.

2. Berakal & mumayyiz

Tidak sah puasa mereka yang hilang akal atau belum mumayyiz. Apakah maksud mumayyiz ini? Ia bermaksud kanak-kanak yang belum mampu membezakan antara yang kotor atau yang suci. Untuk lebih memahami apakah maksud mumayyiz ini, bolehlah rujuk disini : Maksud mumayyiz.

3. Suci.

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Jika tubuh mereka suci daripada haid dan nifas, maka sahlah puasa mereka.

4. Pada hari yang sahnya puasa.

Ya, puasa mereka sah pada hari yang di bolehkan berpuasa. Perlu tahu ya, ada hari-hari yang tidak dibolehkan berpuasa.

Alhamdulilah. Inilah Syarat wajib dan sah puasa. Semoga penerangan ringkas aku ini, mampu membantu anda, untuk lebih memahami apakah syarat-syarat untuk berpuasa. Semoga ramadan kali ini, membawa seribu makna kepada anda. InsyaAllah. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email