Selaju manakah perkhidmatan pos laju? - ceritaejoy

Selaju manakah perkhidmatan pos laju?

1:43 PTG

Selaju manakah perkhidmatan pos laju?|Persoalan ini timbul bila minat aku terhadap shopping online semakin kuat. Ada aku ceritakan di sini : Gila shopping online. Pos laju merupakan medium penghantaran paling banyak mendapat sambutan. Ini mungkin kerana ianya sangat mudah di dapati di kawasan-kawasan penempatan penduduk.

Baik. Selaju manakah perkhidmatan pos laju? Kalau sebelum ini, bukan, kalau sebelum,sebelum,sebelum ini *maknanya lama dululah, perkataan yang sering berlegar dalam minda aku apabila menyebut pos laju ini adalah, pos hari ini, esok sampai. Tetapi sekarang, perkataan itu semacam dah tak boleh digunapakai.

Manakan tidak, ada masanya ianya mengambil masa selama 3 hari! Lamanya?? Apa yang menyebabkan ia mengambil masa yang begitu lama? Ini yang membuatkan aku menjadi sangat konfius. Kemana hilangnya ayat, harini pos esok sampai tu?

Bukanlah aku cakap, perkhidmtan pos laju ni sangat teruk, tapi aku membandingkan perkhidmatan pos laju dengan perkhidmatan lain. Ada perkhidmatan yang benar-benar mengambil masa hanya satu hari. Contohnya, semalam aku ada beli beg dengan seorang peniaga online. Dan barangan tersebut di hantar melalui pos pada hari semalam. Hari ini, aku sudah menerima barangan tersebut. Perkhidmatan semacam ini yang kami mahukan! Ini yang menjadi persoalan pada aku, selaju manakah perkhidmatan pos laju ni?

Mereka juga ada buat panggilan bertanyakan samada kita ada dirumah atau tidak sebelum membuat penghantaran. Ini sangat berbeza dengan perkhidmatan yang diberikan pos laju. Mereka berhentikan van depan rumah dan bunyikan hon banyak kali. Kita lambat sikit jer, mereka tinggalkan surat dan minta kita ambil di pejabat pos. Owh, dah kenapa kan? 

Apakah penyebab dan musabab perkara seperti ini berlaku? Kenapa dan mengapa? Apakah yang menjadi halangan dan rintangan kepada pos laju? Perkhidmatan ini berbayar, dan bayarannya juga bukan murah. Jadi kenapa ia diperlakukan seperti itu? Ke mana hilangnya kelajuan pos laju. Atau perlu menukar perkataan laju tu. Dengan siapa perlu aku tanyakan soalan ini, selaju manakah perkhidmatan pos laju?

You Might Also Like

8 comments

  1. aku pos buku dari kajang ke kulai,pos hari selasa 2/5/15....sampai hari ahad 7/5/15...wtf..wtf...da boleh tukar pos laju tu jadi pos lembap...lembap giler

    BalasPadam
  2. macam siput...klau kura2 masih laju jgk

    BalasPadam
  3. kdg2 ikut kwsn jugak..kt umah ida kejap je dh smpai..pekerja die sebenrnya yg wt lmbt2

    BalasPadam
  4. Baru je terima barang dari kelantan td...pos dr KB petang semalam...tghari td dah sampai...

    BalasPadam
  5. Owh, lajunya. Saya belum pernah lagi dapat perkhidmatan selaju tu dari pos laju. Area melaka, bahagian mana yang laju ek? Hmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually xtau la samada bergantung kepada area atau x...tapi since bile ade track n trace tu, diorang kena wat sehabis baek yang mungkin sbb kita sbg customer bleh tau ape status parcel yang kita dah pos atau tgh tggu...utk yang arini, mmg tgk kat track n trace mmg ok la, detail...

      Padam
  6. tak pernah lagi try perkhidmatan pos laju setakat nih..ade jugak teringin nk beli barang online semua tapi bila fikirkan pasal nih..terus tak jadi..so..taktau lah laju ke lambat ..ehehe

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email