Rogol dalam perkahwinan? - ceritaejoy

Rogol dalam perkahwinan?

10:45 PG

Rogol dalam perkahwinan|Semalam aku terbaca 1 berita di sebuah blog. Apa yang menariknya berita ini berbanding berita lain adalah Rogol dalam perkahwinan. Hahahaha. Ha, itulah reaksi aku bila terbaca berita itu. Ada yer istilah rogol dalam perkahwinan? Bukankah halal sesuatu hubungan itu selepas pasangan lelaki dan perempuan sah menjadi suami isteri?

Aku sebenarnya kurang faham sebenarnya dengan istilah ini. Apakah hubungan kelamin itu dalam bentuk paksaan? Atau hubungan kelamin itu bukan seperti kebiasaan? Zaman sekarang, masyarakat malaysia lebih cenderung mengikut "gaya" negara luar apabila mahu melakukan hubungan kelamin. Dan apabila isteri tidak bersetuju, maka di situlah yang dimaksudkan rogol dalam perkahwinan. Ini pemikiran aku sahaja.

Ataupun suami isteri bertengkar, dan dalam masa yang sama, suami inginkan hubungan kelamin. Pasti akan ada paksaan di situ. Maka terjadilah hubungan kelamin yang tidak memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak. Boleh juga jadi macam tu kan?

Pada aku, sekadar pandangan aku, perlu ada keserasian di dalam suatu hubungan. Perlu benar-benar kenal pasangan anda. Sebabnya, sewaktu bercinta semuanya indah. Selepas perkahwinan, semua tembelang pecah. Jangan sembunyikan identiti diri anda. Tunjukkan pada pasangan. Biar mereka tahu. Bercinta tidak lama, hubungan suami isteri yang lama. Jadi tunjukkan semuanya.

Bila kita benar-benar kenal pasangan kita, perkara seperti ini pasti dapat dielakkan. Hubungan pasti berkekalan hingga ke akhir hayat. Kebahagian pasti ada. Dan yang paling utama, istilah rogol dalam perkahwinan juga tidak lagi kedengaran.

You Might Also Like

4 comments

  1. Memang ada pun perkara seperti ini.. Tapi x ramai yang tau..
    Setuju.. sepatutnya masa berkawan, kenalah tunjuk diri kita yang sebenar supaya lepas kawin x berlaku kejutan luar biasa..

    BalasPadam
  2. Peruntukkan undang2 itu ada wajarnya...Islam itu sejagat...selain dari hukum2 qat'i ataupon hukum2 yang telah termaktub utk tdak bleh diubah, kita manusia diberi akal utk berfikir...inilah gunanya siasah syari'yah...fiqh, fatwa dan sebagainya....tapi saya xkata wujudnya istilah rogol isteri kerana itu mmg sama sekali tdak wujud . Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 9 Jan 2010 menyatakan dengan jelas tentang perkara ini:

    Latar belakang • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) baru-baru ini mengetengahkan cadangan untuk menjadikan tindakan suami melakukan keganasan terhadap isteri termasuk keganasan seksual sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan kerana ia dikaitkan dengan hak asasi seorang isteri. SUHAKAM menganggap melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia justeru ia wajar diperjuangkan.

    Keputusan
    •Tiada istilah “rogol” dalam sebuah perkahwinan yang sah kerana akad perkahwinan (ijab dan qabul) adalah untuk menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita ;
    •Penderaan dan penganiayaan suami terhadap isteri sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental adalah dharar dan perbuatan ini bertentangan dengan hukum syarak ; dan
    •Undang-undang keluarga Islam yang sedia ada perlu dikaji dan pindaan perlu dilakukan dengan memasukkan peruntukan yang membolehkan Mahkamah mendengar tuntutan isteri yang dianiaya oleh suaminya dalam hubungan kelamin.

    "ringkasnya jika pasangan suami isteri mengamalkan Islam secara komprehensif dan isteri suami faham tanggugjawab masing2 dari sudut agama, maka tidak akan berlakulah perkara-perkara pelik dan ajaib diakhir zaman ini. Islam mengajar kita sbg suami dan isteri akan hak dan tanggung-jawab masing-masing dalam urusan memberi dan menunaikan nafkah batin suami isteri ini"

    Kadang2 "mereka2" ini suka menggunakan istilah2 yang xsesuai dan xkena hanya sekadar untuk menarik minat pembaca...Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh. Terima kasih atas perkongsian ini. Barulah saya faham. :)

      Padam
    2. hehe :)

      p/s: dah lame x ride...hahahaha...mcm best tgk DP tu..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email