Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda. - ceritaejoy

Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda.

9:18 PG

Warna air kencing mempengaruhi kesihatan anda|Samada anda perasan atau tidak, warna air kencing manusia sentiasa berubah-ubah. Semasa pemeriksaan kesihatan, air kencing juga sering digunapakai. Kenapa mesti air kencing? Pagi ni, sewaktu aku sedang blogwalking blog rakan-rakan baru, aku terjumpa info yang sangat menarik di blog anasuffian.com. Ia ada menceritakan apakah maksud warna air kencing manusia. Jom kita sama-sama belajar ya!




Tidak berwarna (lutsinar) = Anda telah minum banyak air.


Warna pucat : Kandungan air di dalam badan mencukupi.


Kuning lutsinar : Ini normal.


Kuning gelap : Ini juga normal tetapi perlu minum air selepas buang air kecil ya!


Kuning madu : Badan anda kekurangan air, sila minum air dengan segera.


Warna perang : Anda berkemungkinan mengalami masalah hati.


Warna merah jambu kemerahan : Anda mungkin mengalami jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Sila berjumpa dengan doktor anda.


Berbuih atau berkabut : Ini mungkin protein berlebihan pada diet anda. Ianya juga mungkin berkaitan masalah pada bahagian buah pinggang. Segeralah berjumpa dengan doktor anda!

Baiklah, inilah antara serba sedikit penerangan kepada warna air kencing manusia. Warna air kencing sememangnya mempengaruhi kesihatan anda. Jadi, banyakkan minum air, untuk kesihatan anda dan keluarga. :)

You Might Also Like

4 comments

  1. nice sharing..tu kena minum air masak 3liter sehari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi macam banyak je kan 3 liter tu. Saya rasa, saya banyak minum air berperisa dari minum air masak. Hahahaha

      Padam
  2. Singgah pagi...
    Thanks share the info...
    sekurang² nyer kita boleh nilai sendiri :) sebelum jumpa doktor....

    BalasPadam
  3. memang disarankan untuk banyak minum air.... terima kasih di atas perkongsian yer...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email