Kehidupan golongan bawahan semakin tertekan! - ceritaejoy

Kehidupan golongan bawahan semakin tertekan!

9:21 PG

Kehidupan golongan bawahan semakin tertekan!|Macam-macam perkara berlaku sekarang ni. Entah apa yang tak kena. Jika anda berada di dalam golongan ado-ado, anda pasti tidak akan perasan dengan perkara ni. Tapi jika anda dalam golongan sederhana dan rendah seperti aku, sudah pasti akan ada terlalu banyak persoalan dan rungutan di dalam minda kita.

Baru-baru ni, ada operasi mencari peniaga-peniaga online yang menjual barang tiruan. Operasi di pejabat pos. yang mana pegawai membongkar segala macam kotak-kotak yang telah dibungkus dengan baik dan sudah siap sedia di hantar kepada pembeli. Bayangkan diri anda sebagai pembeli, dan anda menerima barangan dengan keadaan yang tidak sempurna, apakah perasaan anda ketika itu?

Segala macam baju, kasut, beg dan macam-macam lagi di rampas di kedai-kedai. Semuanya kerana barangan tiruan. Aku tak pasti, apakah mereka mahu, golongan bawahan ni, beli barangan original, yang harganya beratus ringgit,yang terang-terang golongan ini tak mampu! Duit tu, mampu untuk tampung makan minum sesuatu keluarga.

Siapa yang benar-benar fikirkan kehidupan golongan bawahan ni? Siapa? Siapa yang sedar, kehidupan golongan bawahan kini semakin tertekan? Siapa? Tiada siapa. Kerana mereka tak pernah tahu dan nak ambil tahu. Apa yang mereka tahu, jika tidak suka dengan apa yang berlaku, sila cari tempat lain. 

Suara kecil memang tidak kedengaran. Tetapi, kata-kata seorang pakcik ini kepada aku, benar-benar berkesan. Katanya suara kita ibarat semut halus yang cuba berkata-kata dengan burung yang sedang terbang. Tak mungkin akan kedengaran. Itu yang berlaku. Tetapi ramai yang tidak sedar, jika burung itu terjatuh dan mula dihurung oleh semut, yang tinggal ketika itu cumalah nama sahaja.

Kita yang berada di dalam golongan ini, jangan hanya berserah kepada nasib semata-mata. Tetap usaha dan usaha biarpun apa yang berlaku, kalaupun kehidupan golongan bawahan semakin tertekan, jangan pernah mengalah. Siapa cakap kita tak mampu mengubah apa-apa? Mereka masih belum sedar.

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul tu.. Suara kita yg di bawah xde siapa yang dengar... Kihudupan semakin terhimpit dan terdesak.. Peritnya hanya kita yang tahu..

    BalasPadam
  2. Sabar jelah kan..
    itulah dugaan dan ujian bagi org² mcm kita nie..
    hanya mencari rezeki je pun..:)

    BalasPadam
  3. yang merampas yang melakukan operasi tu pun kerja makan gaji juga... kadang-kadang disebabkan tugas dan nak jagi periuk nasi secara tak sedar atau secara sedar telah menyusahkan kehidupan orang lain.. payah kannn???

    BalasPadam
  4. Tak tahu dah nak kata apa ngan malaysia sekarang ni..tak reti nak komen dah ..macam2 hal..rasa tertindas pon ada dgn pelbagai macam peraturan...entah apa nak jadik laa akan datang ni..kita sbgai rakyat ibarat melukut tepi gantang je...takleh nak bersuara lbh2 sekarang ni..huhuhu..dI tindas dan akan terus di tindas..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email